Penyanyi Muna Shahirah mendedahkan dia menerima e-mel peminat yang menghantar resume untuk tujuan lamaran.
Jelas penyanyi lagu Teguh Setia itu, lebih lima orang peminat lelaki yang melayangkan e-mel berbentuk resume.
“Saya pernah dapat beberapa resume yang dihantar menerusi e-mel untuk masuk melamar saya. Mereka bagi tahu umur, biodata dan butiran peribadi lain.
“Mereka tidak menggunakan mesej peribadi (DM) tetapi mereka telah menghantarkan resume menerusi alamat e-mel yang saya letakkan di Instagram.
“Saya tidak mengendahkannya kerana saya anggap itu main-main sahaja. Tapi, saya sendiri tak sangka mereka terfikir untuk menghantarkan resume melalui e-mel saya.
“Kreatif betul… Masa PKP semua orang kreatif, hantar lamaran pula,” seloroh Muna.
Muna mendedahkan perkara terbabit kepada Gempak dalam sesi #ArtisDudukDiam di Instagram Live, baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini giat mempromosikan lagu Suratan Luka ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki yang disenangi olehnya.
“Saya suka jejaka yang tinggi dari saya. Selain itu, saya suka lelaki pembersih dan wangi. Janganlah sampai tak mandi kan…
“Dari segi personaliti, saya suka lelaki manja… Hahaha. Saya pun tak tahu nak jelaskan bagaimana,” gurau Muna sambil ketawa.
Tonton sesi penuh Instagram Live #ArtisDudukDiam bersama Muna menerusi video di bawah:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Kreatif Betul Waktu PKP Ni… Ada Peminat Lelaki Hantar Resume,” Mahu Lamar Muna Shahirah Menerusi E-Mel"