Sejak mengangkat sumpah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kluster Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Al-Bakri kerap kali menjadi perhatian media.
Ha ini kerana inisiatif beliau dalam berinteraksi dengan orang ramai menerusi media sosial membuatkan hubungannya dengan orang biasa semakin dekat.
Kad raya & kuih muih untuk menteri agama
Sebentar tadi, beliau telah berkongsi di laman sosial miliknya satu surat yang diterima daripada seorang kanak-kanak yang mengucapkan Selamat Hari Raya buatnya.
Surat kiriman daripada Nadzrul Zarfan turut disertakan dengan kuih-muih buat menteri agama itu di hantar ke kediaman rasmi beliau.
“Pecah kaca, pecah gelas…”
Dr Zulkifli juga membahasakan diri sebagai ‘pak cik’ telah mengucapkan terima kasih diatas pemberian tersebut.
Apa yang mencuri perhatian adalah pantun yang disisipkan di akhir kad ucapan tersebut yang berharap agar menteri agama itu membalas kad hari rayanya.
Dr Zulkifli juga sempat memaklumkan akan membalas kad hari raya itu kepada adik Nadzrul Zafran selepas ‘dinasihati’ menerusi surat tersebut supaya membalasnya.
Beliau turut mengakui terharu dengan pemberian kad raya serta kuih-muih kepadanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Dr Zulkifli Al Bakri
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Pakcik Akan Ingat Nasihat Anakanda.” Kanak2 Utus Kad Raya Buat Menteri Agama"