“Tak Ada Istilah Kami Makan Atau Ambil Duit Pelanggan” Kena Tipv 3.5 Juta, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Janji ‘Refund’ Sebelum Raya Aidilfi

Pemlik jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman tampil menjelaskan isu duit ‘refund’ pelanggan selepas tempahan baju raya tidak dapat sampai ke butik sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Ketika dihubungi Gempak, Liyana berkata masalah berpunca daripada pihak kilang di Guangzhou, China yang tidak menepati janji untuk menyiapkan koleksi baju yang sudah dibayar sepenuhnya.

“Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan C0vid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu.

“Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual.

“Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch). Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat.

“Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai. Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodh dari mereka.

“Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG). Saya buat video dan bagi kepada lima orang ‘admin’ saya.

“Setiap ‘admin’ itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan ‘refund’ semuanya.

“Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan m4ki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi lambat.

“Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi ‘scammer’. Bayangkan beribu-ribu punya ‘refund’.

“Setiap hari kami cuba untuk ‘refund’ seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka.

“Itu situasi sebenar. Tak ada istilah kami makan atau ambil duit pelanggan. Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk ‘rolling’ perniagaan.

“Viral itu memang takkan habis. Setiap tahun viral. Leeyanarahman ini dah enam tahun beroperasi, kami memang nak kekal dalam tempoh lama,” katanya.

Tambah Liyana, dia akan membuat permohonan maaf kepada umum selepas selesai membuat bayaran kepada pelanggan.

“Saya dah tak fikir untung rugi sekarang ini sebab memang dah rugi. Saya nak selesaikan ‘refund’ pelanggan dulu sebelum hari raya. Jumlah k3seluruhan yang dah selesai sekarang ini RM300,000.

“Selepas selesai dengan pelanggan, saya akan jelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku. Sekarang ini kalau saya cakap pun orang takkan percaya dan puas hati sebab tengah panas hati,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liyana mendedahkan terdapat staf yang diludah oleh pelanggan gara-gara tidak dapat baju raya yang diingini.

“Tidak cukup dengan kata-kata m4kian di whatsApp, ada pelanggan yang datang HQ tuntut baju raya mereka. Kami terp4ksa cari barang dia dalam timbunan barang yang banyak tu.

“Ada staf yang kena ludah. Mana kau punya adab, kami bukan anjing. Kami manusia biasa macam orang lain juga.

“Saya rasa lepas raya ini mungkin ‘admin’ saya akan berhenti kerja sebab dah tak tahan. Mereka trauma, setiap hari menangis,” kata Liyana.

 

View this post on Instagram

 

DUKACITA dimaklumkan bahawa kami terpaksa membatalkan pembukaan semula butik LEEYANARAHMAN pada esok hari Isnin, 4 Mei 2020.. . Keputusan ini dibuat demi mematuhi arahan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang tidak membenarkan sektor peruncitan pakaian membuka semula premis perniagaan pada tarikh tersebut. . Difahamkan bahawa pihak kerajaan negeri sedang mengkaji semula kesediaan membuka semula sektor ekonomi dan akan membuat pengumuman rasmi pada masa terdekat. . Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh anda semua. Diharap LR Lovers akan terus memberikan sokongan padu. Bagi yang ingin membuat pembelian, anda boleh melalui sales admin, @leeyanarahman_official__ps , website dan dropshippers kami. Click link di BIO okey 🙏🏻 . Jangan lupa join LIVE beboss untuk tengok baju ghaye pukul 2 petang esok okey? 😜 . Sekian, terima kasih. Yang benar, Manja

A post shared by DESIGN LETOPS NO1 MALAYSIA (@leeyanarahman.co) on

 

View this post on Instagram

 

Since DUA baju ni dah SOLD OUT and disebabkan ramai sangat yang request nak beli baju MARSHANDA and FATEMA ni ada sampai merayu rayu mintak buat , jadi harini saya berbesar hati untuk open PRE ORDER baju marshanda dan Fatema . Tapi untuk marshanda kali ni kita buat LONG SLEEVE version *since ramai yang request haritu kan. Tak sabar nak tengok hasil dia 🔥🔥 . Terkejut gils bila dapat order dari PERSONAL SHOPPER 2 hari lepas untuk baju FATEMA . Order quantiti dari diorg 3 kali ganda lebih dari production yang kita buat . Confirm ramai yang tak dapat untuk raya kali ni. Please jangan kecewaa 🙏🏻 . Alhamdulillah sambutan sangat luar biasa walaupon raya tahun ni xsama macam sebelum2 ni. .tq korang tetap support @leeyanarahman.co 🙂 . Korang yang mana tak nak lepaskan peluang cepat2 contact personal shopper masing2 untuk grab baju ni. Tp PRE ORDER ni dapat before raya haji nanti. ❤️ #takmaujanjilebih2 #hehe . . NOTA KAKI : please pilih personal shopper yang official ; @leeyanarahman_official__ps . Hati hati dengan scammer. Musim COVID ni ramai scammer ambik kesempatan🙏🏻

A post shared by DESIGN LETOPS NO1 MALAYSIA (@leeyanarahman.co) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Ada Istilah Kami Makan Atau Ambil Duit Pelanggan” Kena Tipv 3.5 Juta, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Janji ‘Refund’ Sebelum Raya Aidilfi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*