“Tempat Jatuh lagi Dikenang, Inikan Tempat Berguling” Awie Imbas Sesi Fotografi Promo Album Pertama Di Belakang Pertama Kompleks

Siapa yang tidak kenal dengan Awie, penyanyi utama kumpulan Wings. Walaupun gelaran Raja Rock sering menjadi pilihan antara Awie dan Amy Search, namun kedua-duanya memang layak dengan gelaran tersebut.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkongsi satu gambar lama sekitar tahun 1987.

Gambar tersebut adalah ketika kumpulan Wings membuat satu sesi fotografi untuk mempromosikan album pertama mereka, Belenggu Irama.

“Suatu ketika di tahun 1987. Baru keluar album pertama, kami berjalan di belakang pertama komplex.

“Fotografi session. Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat berguling,” tulis Awie pada sekeping gambar throwback, 33 tahun dahulu.

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala Lumpur. Ketika penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar), Zul (Gitar Bes) dan Jojet (Dram).

Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini.

Kini anggota Wings hanya bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe telah meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau bersama Wings.

Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini, Wings kini menggunakan nama Wings & Superfriends. Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang diberi gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe.

Kini Wings & Superfriends mempunyai lima anggota iaitu Awie (Penyanyi), Eddie (Gitar Bes), Black (Drum), Syam (Gitar Utama) dan Edrie (Gitar Utama).

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini. Album pertama mereka dinamakan Belenggu Irama.

Melalui album tersebut, lagu seperti Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian, Biarkan Berlalu, Inspirasi Taming Sari dan Peronda Jaket Biru adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja. Album ini terjual lebih 180,000 unit.

Awie bukan sahaja popular sebagai seorang penyanyi, tetapi cukup terkenal juga sebagai pelakon filem box office dan pelakon teater.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber :gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tempat Jatuh lagi Dikenang, Inikan Tempat Berguling” Awie Imbas Sesi Fotografi Promo Album Pertama Di Belakang Pertama Kompleks"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*