“Degil Rentas Negeri,” PDRM Dan ATM Akan Periksa Rumah Ke Rumah Hari Raya Nanti

Seperti biasa, Sidang Media harian Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah memaklumkan beberapa laporan baharu.

Salah satunya adalah berkaitan dengan perjalanan rentas negeri yang dilihat hampir setiap hari ada sahaja kes baharu berikutan musim perayaan yang tidak berapa hari lagi.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang merentas negeri tanpa kebenaran.

Akan periksa rumah ke rumah

Sebenatar tadi, Ismail Sabri sekali lagi mengingatkan hal tersebut dan memberitahu bahawa pihak PDRM dan ATM akan membuat pemeriksaan rumah ke rumah semasa hari raya agar tiada mana-mana pihak yang terlepas.

Perkara tersebut dilakukan susulan daripada kes-kes sebelum ini apabila terdapat ribuan kenderaan yang ‘curi-curi’ mahu pulang ke kampung untuk berhari raya.

Pihak keselamatan juga akan memastikan mana-mana kenderaan yang cuba untuk pulang ke kampung halaman akan diminta untuk patah balik kecuali mempunyai urusan kecemasan yang mendapat kebenaran PDRM.

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri menasihatkan agar rakyat Malaysia terus kekal dirumah dan menyambut hari raya dalam keadaan tertutup.

Hal ini bertujuan bagi membendung penularan Covid-19 yang mungkin boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Berita HarianBernama

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Degil Rentas Negeri,” PDRM Dan ATM Akan Periksa Rumah Ke Rumah Hari Raya Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*