“Jururawat Mavt Kemal4ngan,” Tinggalkan Tiga Anak2 Masih Kecil

Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa gagal memotong dua kenderaan di hadapannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi laporan Bernama,

Berita duka itu mengundang sebak ahli keluarga dan sahabat handai yang berkongsi posting di Facebook mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Tiga anak2 yang masih kecil

Redha dengan pemergianmu

Masih terkejut, pergi di bulan mulia

Moga syurga buatmu!

Perbualan terakhir

Salam takziah buat keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jururawat Mavt Kemal4ngan,” Tinggalkan Tiga Anak2 Masih Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*