“Elaun Khas Buat Fr0ntliner Sejumlah RM62 Juta Sudah Disalurkan” Menteri Kewangan

Kerajaan sudah menyalurkan elaun khas petugas barisan hadapan dengan bayaran bulan pertama sejumlah RM62 juta sehingga 30 April lalu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menerusi Laporan Laksana Ke-6 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) semalam, beliau berkata kerajaan memperuntukkan elaun berjumlah RM500 juta bagi ‘frontliner’ dalam berhadapan cabaran mengekang wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, pihaknya menerima aduan tentang kesukaran memohon elaun berkenaan disebabkan masalah birokrasi atau dokumentasi.

“Saya telah menerima aduan bahawa terdapat kesukaran memohon elaun ini. Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk memudahkan proses.
“Apa-apa pun, jangan bimbang, kerajaan akan memastikan elaun akan sampai kepada petugas barisan hadapan yang layak,” katanya.

Teks ucapan penuh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Tengku Zafrul

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Elaun Khas Buat Fr0ntliner Sejumlah RM62 Juta Sudah Disalurkan” Menteri Kewangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*