Dalam Sidang Pra Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video pagi tadi, KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baginda juga turut memohon maaf zahir dan batin kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri kabinet serta ahli keluarga mereka.
Harap dapat bertemu selepas raya nanti
Dalam ucapan balas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin pula beliau turut sama mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat KDYMM Baginda Agong, KDYMM Permaisuri Agong serta seluruh kerabat Diraja.
Tambah Muhyiddin lagi, beliau berharap agar dapat bertemu selepas raya nanti andai pendemik ini berakhir.
Lindungilah kedua pemimpin negara ini
Susulan daripada perkongsian bingkisan sidang video di Istana Negera itu, rata-rata warganet yang menonton perkara tersebut telah mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin negara tercinta ini.
Mereka juga mendoakan agar KDYMM Baginda Agong dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dilindungi daripada Allah SW.T. Ada juga yang mengakui berasa terharu mendengar ucapan Baginda Agong yang memohon kemaafan di hari raya kepada barisan menteri kabinet.
Semoga Tuanku & seluruh kerabat dirahmati Allah
Rasa terharu lihat video ni
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Istana Negara
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Saya Ucapkan Selamat Hari Raya, Minta Maaf Zahir Dan Batiin Kepada Semua.” Agong"