Youtuber Sugu Pavithra, yang merupakan pasangan suami isteri keturunan India, yang gemar berkongsi resepi masakan, kini semakin dikenali ramai.
Selepas saluran Youtube mereka mula mendapat bayaran oleh kerana jumlah pelayar sudah mencecah 100 ribu, ramai yang membuat andaian bahawa pasangan itu dibayar dengan jumlah yang mencecah ribuan ringgit.
Bagaimana pun, menafikan segala andaian tersebut, S. Pavithra, 28, mendedahkan sebenarnya gaji pertama yang diterimanya daripada Youtube menerusi video masakannya berjumlah RM900 sahaja.
“Saya pergi ambil gaji pertama saya. Saya lama tak pergi ambil sebab tak tahu prosedur untuk mendapatkan bayaran tersebut…”
“Gaji YouTube pertama saya RM900 sahaja. Apa yang keluar di Youtube dan berita-berita lain kata saya dapat beribu-ribu tu semua tipulah…”
Jelas Pavithra, dia tidak menolak kemunkinan jika mendapat bayaran yang tinggi, namun untuk ke arah itu dia perlu menghasilkan video yang lebih banyak.
“Saya ini baru mula buat YouTube. Mungkin orang nampak saya ramai subscriber sehingga beratus-ratus ribu. Tapi untuk dapat bayaran beribu saya kena buat video beratus-ratus…”
Pavithra berkata, setakat ini dia dan suaminya yang bekerja sebagai buruh ladang, mampu menghasilkan empat hingga ke lima video sahaja dalam seminggu.
Kisah Pavithra yang merupakan seorang suri rumah menjadi sensasi baru di media sosial, sehinggakan berjaya mencuri perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Mana Ada Ribu2,” Sugu Pavithra Ded@h Gaji Y0utube Pert4ma Baru Dapat RM900"