“Memang Ramai Jutawan di Kelantan,” Tapi Bila Minta Svmbangan Tak Sangka Ini Jawapan Diterima

Kemelut tunggakan gaji pemain bola sepak negeri Kelantan memaksa pengurusan melancarkan tabung bagi merayu bantuan orang ramai.

Berbaki tiga hari dengan wang terkumpul hanya kira-kira RM13,000 mendorong Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) merayu jutawan dan hartawan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu menghulurkan bantuan bagi membayar tunggakan gaji pemain import berjumlah lebih RM600,000.

Tabung yang dilancarkan Kafa sejak 9 Mei lalu dilihat kurang mendapat sambutan terutama daripada individu bergelar jutawan atau hartawan Kelantan untuk membantu meringankan bebanan hutang persatuan terbabit.

Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman memaklumkan pihaknya ada menghubungi beberapa individu berpengaruh dan bergelar jutawan supaya dapat menghulurkan sumbangan bagi membayar tunggakan gaji berkenaan.

Jawapan diterima mengecewakan

Beliau berkata, setakat ini maklum balas yang diterima agak mengecewakan malah ada antara mereka tidak berminat untuk membantu menyelamatkan bola sepak Kelantan daripada terus berkubur jika gagal membayar hutang terbabit.

Katanya, apa yang boleh dilakukan sekarang ini adalah berharap keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memihak kepada Kafa dengan memberikan penangguhan sementara pembayaran itu.

” Sejujurnya saya beritahu setakat ini sumbangan daripada individu jutawan atau hartawan kurang malah apabila kita berjumpa mereka mengharapkan dapat membantu namun sehingga hari ini tidak memberikan maklum balas.

Memang Kelantan ramai jutawan tetapi..

” Saya akui memang Kelantan terkenal dengan ramai jutawan dan usahawan namun jika mereka tidak mahu menghulurkan sumbangan, Kafa tidak boleh paksa kerana itu adalah hak masing-masing.

” Sememangnya Kafa ketika ini melalui situasi sukar dan akan meneruskan kutipan derma bagi memastikan dapat mengumpul jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid memaklumkan setakat ini tabung terbabit berjaya mengumpul kira-kira RM13,000 menerusi sumbangan orang ramai secara dalam talian.

Sebelum ini, bagi menyelamatkan masa depan bola sepak di bumi Kelantan daripada berkubur, Kafa terpaksa memohon sumbangan orang ramai khususnya penyokong setia skuad The Red Warriors.

Kutipan sumbangan itu bagi membayar tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco De Jesus RM629,620.28 dalam tempoh sebulan yang akan berakhir pada 23 Mei ini, seperti diarahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LA

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Memang Ramai Jutawan di Kelantan,” Tapi Bila Minta Svmbangan Tak Sangka Ini Jawapan Diterima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*