” Sepatutnya dalam keadaan sekarang, semua pihak mengambil tanggungjawab menjaga diri, keluarga dan masyarakat sekeliling daripada bahaya wabak ini.”
Demikian kenyataan Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengulas tindakan seorang lelaki yang berkelakuan mencurigakan.
Dalam kejadian 12 tengah hari, lelaki berusia 50-an memandu kereta seorang diri dari arah Changlun, Kedah dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan.
Pakai kemas tapi beri alasan nak pergi kebun, rupanya..
Tindakan lelaki berpakaian kemas itu memberi alasan mahu ke kebun gagal apabila diarah berpatah balik dipercayai cuba merentas negeri dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Changlun-Arau dekat Ulu Pauh, Arau, hari ini.
Surina berkata, tindakan itu sepatutnya tidak berlaku kerana penularan Covid-19 ketika ini berpotensi untuk muncul semula walaupun Perlis kini berstatus zon hijau.
Tambahnya, pihak polis menutup semua jalan masuk ke negeri ini termasuk batas ban, jalan tepi sungai dan mini tar yang menghubungkan antara Perlis dan negeri lain bagi mengekang wabak itu ketika musim perayaan.
” Saya menasihatkan orang ramai mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan untuk melakukan perjalanan rentas negeri semata-mata untuk pulang beraya,” katanya ketika ditemui di SJR Ulu Pauh, Arau, hari ini.
Beliau berkata, penjagaan antara sempadan Perlis/Kedah menjadi keutamaan ketika ini bagi mengelakkan kebocoran individu yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis.
Katanya, pihaknya turut memperketatkan kawalan dengan menambahkan jumlah anggota pemantauan di sekitar bandar utama di negeri ini menjelang musim perayaan.
Beri alasan ziarah bapa
Sementara itu di Alor Setar, tindakan seorang lelaki yang melanggar larangan rentas negeri atas alasan mahu menziarahi bapanya yang menghidap pnyakit kncing mnis di kampung, mengundang pad4h apabila dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, pada 10.30 malam semalam, anggota yang menjalankan tugas Ops Koronavirus (Covid-19) telah diarahkan ke sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut dekat Yan, kerana disyaki berlaku aktiviti rentas sempadan negeri tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.
” Lelaki berkenaan juga gagal untuk menunjukkan sebarang dokumen atau surat sokongan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta alasan munasabah untuk merentas sempadan negeri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Shahnaz berkata, lelaki berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut dan mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bertulis untuk melakukan rentas sempadan negeri.
” Lelaki berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kes disiasat mengikut Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : asiakini
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Lelaki Berpakaian Kemas Dithan, Beri Alasan Nak Pergi ke Kebun.” Sekali Kant0i Dia Ada Nlat Lain"