“‘Payung’ Foto Tanpa Secalit Mekap,” Ramai Terkej0t Lihat Wajah Terkini Karisma Kapoor Yang Kekal Lawa Pada Usia 46 Tahun

Meski sudah lama pelakon senior Bollywood, Karisma Kapoor tidak muncul di layar perak, namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi.

Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonannya yang cukup melekat di hati pencinta filem Bollywood di negara ini seperti Coolie No. 1, Raja Hindustani, Dil To Pagal Hai, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi.

Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial sekali gus berkongsi perihal aktiviti serta perkembangan terkininya.

Bagaimanapun, satu hal yang paling buat ramai kagum adalah apabila ramai yang perasan akan wajah serta bentuk badannya yang kekal menawan dan langsing, tak ubah ketika dirinya di julang sebagai Ratu Bollywood tak lama dulu!

Tidak dinafikan, figuranya seakan tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah mencecah usia 46 tahun.

Malah, dia dilihat kerap berkongsi foro tanpa secalit solekan, sekali gus membuatkan wajahnya tampak lebih segar mempesona.

 

View this post on Instagram

 

Say squeeze 🍊 #bepositive #exerciseathome

A post shared by KK (@therealkarismakapoor) on

 

View this post on Instagram

 

Cupcake anyone ? 🧁 Made by me😁😆

A post shared by KK (@therealkarismakapoor) on

 

View this post on Instagram

 

“Distance is just a test to see how far love can travel” 💙 #stayhomestaysafe #missingfamily #sunday

A post shared by KK (@therealkarismakapoor) on

Dilahirkan di kalangan keluarga seni, bintang cantik ini dilahirkan di Mumbai, India pada 25 Jun 1974. Bapa ibunya, iaitu Randhir Kapoor dan Babita merupakan pelakon terkenal pada suatu ketika dahulu.

Sementara adiknya, Kareena Kapoor pula kekal aktif dalam dunia perfileman sehingga hari ini.

Kali terakhir Karisma membuat kemunculan dalam filem adalah menerusi Zero, yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Instagram Karisma Kapoor

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“‘Payung’ Foto Tanpa Secalit Mekap,” Ramai Terkej0t Lihat Wajah Terkini Karisma Kapoor Yang Kekal Lawa Pada Usia 46 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*