“Tun M Cakap Klip Audi0 Disvnting,” Sekali Anwar Pec4h ‘Lvbang’

Pengerusi PKR Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman suara mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu sebagai asli.

“Saya dengar klip (rakaman audio) yang agak panjang. Dan sebagai orang yang hadir dan merenung dan banyak bersabar ketika itu, memang tepat apa yang disuarakan.

“Bukan palsu dan memang berlaku begitu (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH),” katanya.

Pada 17 Mei lalu, rakaman berjudul “Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020” yang disiarkan di Facebook “Bersatu sokong Tun Mahathir” mula tular.

Rakaman itu menunjukkan berlakunya pertikaman lidah tentang penetapan tarikh peralihan kuasa daripada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.

Pemimpin Amanah dan DAP dikatakan mahu tarikh tepat ditetapkan selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual hujung tahun ini.

Pemimpin Bersatu dan timbalan presiden PKR ketika itu Azmin Ali serta penyokongnyanya pula mahukan mandat penuh sepenggal.

Mahathir dalam sidang media selepas itu kemudian mengumumkan tarikh peralihan akan dibuat selepas Apec dan tarikh tepatnya terpulang kepadanya.

Dalam siaran langsung di Facebook hari ini, tanpa menyebut nama secara khusus, Anwar berkata mendakwa ketegangan berlaku susulan rancangan “pengkhianat”.

[…] Bila datang mesyuarat, beberapa orang Bersatu dan pengkhianat rupa-rupanya merancang untuk membuat gesaan keras membantah apa-apa pandangan berkenaan transmisi (peralihan kuasa),” katanya.

Mengaku disergah Amanah dan DAP

Sementara itu, Anwar berkata beliau mengambil keputusan bertolak ansur bagi meredakan pertelingkahan tersebut yang akan menyebabkan perpecahan PH.

“Setelah dengar panjang begitu begini bertelagah dan sebagainya dan saya juga tahu sandiwara politik dari Bersatu dan pengkhianat untuk jadikan isu peralihan kuasa untuk keluar dari PH.

“Jadi, saya buat keputusan untuk berkata jangan kita berebut, kita ikhtiar dan tawakal,” katanya.

Beliau mengaku kerana keputusan itu beliau “disergah” oleh pemimpin lain dalam PH.

“Saya disergah oleh Amanah dan DAP kerana awalnya sudah putus (peralihan kuasa) lepas APEC dan saya hendak lepaskan begitu sahaja.

“Tetapi saya hendak elakkan supaya pengkhianat dari menggunakan ini (peralihan kuasa) sebagai alasan untuk keluar tetapi kalau namanya pengkhianat, guna cara baik macam mana juga tetap akan khi1anat,” katanya lagi.

Klip audio saya jelas disunting – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ada pihak berniat j4hat dengan menyebarkan klip audionya yang jelas telah disunting.

Semalam, tersebar satu rakaman audio mirip suara bekas Perdana Menteri itu yang antara lainnya ada menyebut ‘beliau’ tidak sukakan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dipercayai ia diambil daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu.

‪”Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT (Majlis Perwakilan Tertinggi).

“Ada yang berniat j4hat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.‬ ‪Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.

“‪Saya kekal setia bersama rakan-rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” tulisnya dalam laman Facebook beliau pada Rabu.

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, sekiranya betul beliau mahu mengkhi1anati mandat rakyat, beliau boleh lakukannya ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

“‪Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama,” katanya.

Menerusi rakaman audio yang tular itu, lelaki berkenaan kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.

Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : MV

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tun M Cakap Klip Audi0 Disvnting,” Sekali Anwar Pec4h ‘Lvbang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*