Memilih untuk mengakhiri zaman bujang dengan berkahwin adalah yang terbaik. Sebelum berbuat demikian, kebanyakan pasangan bercinta akan membawa kekasih mereka berjumpa dengan keluarga terlebih dahulu.
Seperti perkongsian pengguna Twitter Kysstna, membawa pulang teman lelakinya itu ‘ditemuduga’ dengan ibu bapa di rumah. Tapi tidak sangka pula tindakan lelaki ini berjaya menambat hati keluarganya.
Gadis berusia 19 tahun ini berkongsi keterujaan itu di laman Twitter yang telah meraih 9 ribu retweet. Dia berharap orang ramai dapat memperolehi kebaikan menerusi perkongsiannya itu. Dimana, lelaki perlu sentiasa bersedia berdepan dengan keluarga kepada perempuan terutamanya mengenai soal agama.
Malah, setiap kali ingin keluar bersama, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu. Anda sebagai lelaki juga dinasihatkan untuk meminta izin kepada keluarga perempuan ye..
Jika anda inginkan pasangan hidup yang ‘sempurna’, sedap mata memandang, anda perlulah mengubah diri ke arah kebaikan. Belajar mengenai soal agama, adat bersama orang lebih tua dan sebagainya.
Perkongsian gadis ini turut mendapat banyak respon positif daripada netizen. Mereka turut menyakini kekasihnya itu adalah ‘imam’ yang terbaik buat seorang wanita atas tindakannya dapat mengimamkan solat keluarga.
Dia masih meluahkan perasaan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada hari berkenaan. Rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar gadis ini akan menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya itu tidak lama lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Kysstna
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Disuruh Menjadi Imam S0lat Berjemaah.” Tapi Tidak Sangka Ini Pula Tlndakan Dia"