SEBELUM terjun ke dunia pekerjaan dan memberi sentuhan magis di kediaman pelanggan, pelajar bidang hiasan dalaman ini menjadikan kamar tidurnya sebagai kanvas untuk berkarya.
Disiapkan dalam tempoh sekitar sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), transformasi bilik oleh Muhammad Azreen Shah Sepian, mencuri perhatian ramai di Twitter.
Menerusi panggilan bersama, dia yang mesra disapa Ean menghasilkan dekokari berkonsepkan minimalis dan scandinavian itu dalam kos sekitar RM1,100 sahaja.
“Saya mulakan pada Mei dan baru sahaja siap. Cuma ambil masa dari segi barang sebab semua dibeli secara atas talian disebabkan PKP.
“Ada enam kali batch penghantaran melibatkan 40 item. Antaranya meja, rak, pokok bunga, cat dan sebagainya.
“Saya buat sendiri semuanya termasuklah proses mengecat yang mengambil masa satu malam,” ujarnya.
Menetap di Seremban 2, Negeri Sembilan, pemuda berusia 22 tahun itu kini menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Rembau.
“Ingat tak sempat sebelum raya, Alhamdulillah lengkap transformasi yang saya lakukan.”
MUHAMMAD AZREEN SHAH SEPIAN
PELAJAR
Kata Ean, transformasi biliknya boleh dijadikan sebagai portfolio hasil kerja untuk menjadi rujukan kerjaya pada masa akan datang.
Malah, reaksi positif yang diterima di Twitter memberi semangat untuknya mengejar impian dalam bidang itu suatu hari nanti.
Keadaan bilik Ean sebelum transformasi.
“Boleh menjadi batu loncatan untuk kerjaya saya nanti. Bersyukur dapat reaksi positif, memang tak sangka.
“Jika ada yang mesej minta pendapat, pertanyaan… saya juga terbuka untuk membantu.
“Ingat tak sempat sebelum raya, Alhamdulillah lengkap transformasi yang saya lakukan,” ujarnya.
Ean melakukan transformasi bilik sepanjang tempoh PKP.
Kata Ean, projek seterusnya ialah membuat transformasi di ruang tamu kediaman keluarga atas permintaan ibunya.
“Next, ibu suruh tukar ruang tamu selepas dia tengok hasil bilik saya. Tapi yang ni tak sempat untuk raya,” ujarnya berseloroh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : mStar
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Ingat Tak Sempat Sebel0m Raya” Pelajar Interi0r Design Jelmakan Sentvhan Magis Di Kamar Tid0r, Ibu ‘Teringin’ Siap Buat Permintaan Khas"