“Saya Bukan Nak Cari K0ntr0versi,” Nabila Huda Resp0n Isu Pengambaran Drama Dalam Temp0h PKPB, Khvatir Jika Dijangk!ti C0vid-19

Baru-baru ini, pihak syarikat produksi perfileman dan drama dibenarkan untuk menjalankan pengambaran tidak lama lagi.

Namun, ia perlu mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Lalu, ramai yang memberikan pandangan terhadap perkara tersebut.

Pelakon, Nabila Huda misalnya ada meluahkan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi laman media sosial Twitter.

Kongsi pelakon berusia 35 tahun ini, dirinya kurang bersetuju jika pengambaran beroperasi kembali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ok look, Kalau lah kite dibenarkan Untuk kembali shooting kena mengikut SOP..macamana Nak berlakon dengan cara new normal? Come on,tak Logic.

“Bukan tak setuju. Faham,semua dah kalut tak berkerja. Saya pun dalam position yang sama. Saya Rindu Nak masuk set.,” tulisnya.

Di samping itu, Nabila berasa bimbang dan khuatir jika ada pelakon atau krew yang terlibat dijangkiti penyakit Covid-19 ketika pengambaran drama dijalankan.

“What if Kalau kite shoot, Tapi kite terkena jangkitan, Di dapati positive, production boleh tak cover kos perubatan 100 percent? Boleh tak production jamin 100 percent kite Takkan Di jangkiti during the shoot?,” luah Nabila.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menjelaskan luahan pendapat berkenaan bukan sekadar untuk mencari kontroversi.

Niatnya hanya mahu memberikan pandangan.

“Saya Bukan Nak cari pasal or cari controversy. Takde masa. just Nak luahkan pandangan apa Saya rasa jujur dari hati.Bkn Nak against anyone.

“Saya tak suka Bila kite Asyik complain susah dalam keadaan Memang kite tak boleh Nak buat apa2 ni..seolah2 kite tak redha dengan ujian ni..,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Instagram Nabila Huda

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Bukan Nak Cari K0ntr0versi,” Nabila Huda Resp0n Isu Pengambaran Drama Dalam Temp0h PKPB, Khvatir Jika Dijangk!ti C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*