“Maafkan Mummy Sayang, Mummy Leka..” 10 Tahun Menanti Zurlat, Anak Sulung ‘Pergi’ Selepas 42 Hari

Kehadiran cahaya mata di dalam rumah tangga merupakan satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai.

Tidak semua pasangan yang sudah berkahwin dikurniakan rezeki untuk memiliki anak walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama.

Malah masih ramai yang sanggup menunggu sehingga berpuluh-puluh tahun untuk menimang cahaya mata.

Begitulah juga nasib yang dihadapi oleh wanita ini, Jaja Rahman apabila penantiannya selama sepuluh tahun untuk menimang cahaya mata kedua berakhir dengan satu tr4gedi.

10 tahun menanti

“10 tahun penantian tp Allah pinjamkan anak kembar sulungku hanya 42 hari. Disaat si adik masih lagi di h0spital, kakak dah pergi tinggalkan kami semua.

“Maafkan mummy sayang, Mummy leka dan lalai dalam menjaga kakak. Sekelip mata kakak dah tiada.

“Salah mummy sebab susukan kakak sambil baring, mummy tak sedar sayang. Mummy tak sengaja. Mummy terlelap. Maafkan mummy sayang.”

42 hari melihat dunia

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di laman Facebook, Jaja Rahman memberitahu bahawa puteri kembar sulungnya telah menghadap Ilahi selepas 42 hari dia melihat dunia sementara adik kembarnya masih lagi di h0spital.

Jaja juga meluahkan rasa sedih dan meminta maaf atas kekhilafannya yang leka ketika menjaga anak perempuannya yang diberi nama Putri Qhaira Binti M. Hadri Fisqi.

“23 Mei, genap usiaku 37 tahun. Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memanjangkan usiaku hingga saat ini.

“Tahun dimana aku diberi rezeki setelah sekian lama menanti dan Diuji dengan ujian yang sangat perit untuk aku telan. Tapi aku yakin Allah tahu yang terbaik buat diri ini.”

jena4zah Putri Qhaira telah dikebumikan sebaik sahaja selepas selesai dib3dahs1asat oleh pihak h0spital.

Dalam kesempatan itu juga, Jaja yang akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada 23 Mei ini turut bersyukur dan berterima kasih kepada puterinya itu kerana sudi ‘singgah’ dalam rahimnya selama 33 minggu.

Kehadiran Putri Qhaira juga telah menceriakan mereka sekeluarga walaupun hanya ‘dipinjamkan’ selama 42 hari sahaja.

“Hadiah bermakna buat diri ini, Walaupun tak sempat temukan adik dan kakak , mummy abadikan gambar ini sebagai kenangan mummy.”

Rata-rata netizen amat tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mendoakan semoga adik Qhaira sentiasa sihat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Yoy Network

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Maafkan Mummy Sayang, Mummy Leka..” 10 Tahun Menanti Zurlat, Anak Sulung ‘Pergi’ Selepas 42 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*