“Air Mata 1 Syawal Di Sebalik Kaw@t Dvri.” Sebab Mereka Berjumpa Buat Ramai Sayu

PERTEMUAN ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.

Rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: “Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh j3jari besi”.

Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.

Abang Kirim Lemang Kat Ibu

“SAYA memang terharu dan terkejut dengan apa yang berlaku semalam (raya pertama Aidilfitri) selepas video ‘pertemuan abang dan adik’ dimuat naik ke Facebook (FB),” ujar Nur Adilah Abu Sein.

Nur Adilah, 49, berkata hantaran video di FB itu mendapat ribuan komen positif susulan pertemuan singkat selama tiga minit bersama abangnya, Shahrin Abu Sien, 54, di atas jambatan Sungai Bernam yang memisahkan daerah Hulu Selangor, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

Arahan dan sekatan larangan rentas negeri susulan Cov1id-19 menyebabkan dia hanya mampu bertemu abangnya yang dipisahkan kawat berduri.

Katanya, rindu terhadap abangnya yang juga pesara tentera dari Kampung Kubu di Tanjung Malim terubat jua walaupun dihalang kawat duri yang menjadi pemisah antara dua negeri.

“Saya datang ke situ bersama anak dan suami dari Kampung Hulu Bernam selepas solat Aidilfitri di rumah mentua pada pagi raya (semalam).

“Abang mengirimkan dua batang lemang untuk dihantar kepada ibu, Mak Hajah Timah, 86 yang uzur di Bandar Sungai Buaya di Rawang.

“Terlerai rindu kami, berlinangan air mata selepas kami tidak dapat bertemu sejak lebih dua bulan lalu bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac,” katanya.

Video dirakam anaknya berdurasi 57 saat mendapat tontonan lebih 55,000 individu semalam dan tular di media sosial.

Menurutnya, ketika pertemuan itu, mereka diberikan masa hanya tiga minit sahaja oleh anggota polis bertugas bagi menyerahkan lemang itu.

Katanya, walaupun dia mencium tangan abangnya atas sebab terlalu rindu, namun mereka tetap mengamalkan langkah keselamatan arahan kerajaan iaitu menggunakan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka.

“Anggota polis menjadi saksi dan memberikan arahan tegas kepada kami di situ. Saya berdoa w4bak Cov1id-19 ini segera lenyap supaya kami dapat menyambut Aidilfitri semula.

“Saya harap semua netizen dan rakan tidak meng3ecam kami yang bertemu pada Aidilfitri (raya pertama) itu. Sebagai manusia biasa kami tidak terlepas daripada melakukan salah dan silap,” katanya.

Sementara itu, Shahrin yang dihubungi turut meminta orang ramai tidak memanipulasi cerita tidak benar.

Katanya, ibu mereka teringin mahu menjamah lemang dimasak sendiri di rumah, namun ibunya tidak dapat datang kerana PKPB.

“Semua pihak perlu patuh PKPB dan menjadi warga negara bertanggungjawab membendung penularan wab4k Covi1d-19 ini daripada semakin berleluasa.

“Sejak sejak beberapa tahun lalu kami menyambut Aidilfitri bersama sanak keluarga di Kampung Kubu, Tanjung Malim dan Bandar Sungai Buaya di Rawang,” katanya.

Video tular pertemuan istimewa dua beradik di sempadan Selangor dan Perak itu meruntun jiwa netizen, malah Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: ‘Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi.’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : trending sangat

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Air Mata 1 Syawal Di Sebalik Kaw@t Dvri.” Sebab Mereka Berjumpa Buat Ramai Sayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*