Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan tapak pembinaan di ibu negara yang kini sudah menjangk1ti 44 individu bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangk1tan yang tinggi itu mungkin disebabkan faktor cara hidup golongan berkenaan atau keadaan tempat tinggal.
Beliau berkata, biarpun prosedur operasi standard (SOP) pencegahan sudah dilaksana di tapak pembinaan, namun tiada kawalan membabitkan tempat tinggal.
” Daripada kajian kita, besar kemungkinan pekerja asing berkenaan duduk di tempat yang tertutup dan sempit. Itu menjadi faktor utama bagaimana jangk1tan dapat menular.
” SOP di tapak pembinaan memang ada, tapi yang penting penempatan mereka, rumah dan cara mereka duduk,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan COVlD19 di sini, hari ini.
Dengan memberi contoh penempatan warga asing di Masjid India, Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata, satu pangsapuri dihuni 30 orang.
” Ruang sempit menjadi satu faktor yang mendorong virvs dapat berjangk1t.
” Kita kena lihat faktor yang lain di kalangan pekerja asing. Kita percaya ruang sempit satu faktor penting yang perlu diperhalusi.
” Kita tiada vaksin, yang ada penjarakan sosial dan itulah vaksin yang ada,” katanya.
227 kes positif di tiga kluster DTI
Terdahulu seramai 227 kes positif COVlD19 dikesan di tiga kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) membabitkan bukan warga negara Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 53 kes membabitkan warga Bangladesh, 41 kes warga India, 38 (Indonesia) dan 37 warga Myanmar.
” Selain itu, 28 kes membabitkan warga Pakistan, 17 (China), empat (Kemboja), tiga (Nepal) dan dua (Sri Lanka).
” Bagi warga Filipina, Libya, Mesir dan Syria masing-masing satu dikesan positif COVlD19,” katanya.
Menurutnya, satu kluster baharu dikesan di DTI Sepang dengan 36 kes positif COVlD19.
” Sebanyak 1,449 sampel diambil setakat 12 tengah hari dan 36 kes positif COVlD19 dikesan yang mana 29 kes baharu dilaporkan hari ini, 540 negatif dan 873 sampel masih menunggu keputusan.
” Bagi kluster DTI Bukit Jalil, sebanyak 1,536 sampel diambil yang terdiri daripada 1,422 Orang Kena Tahan (OKT) dan 114 kakitangan.
” Daripada jumlah itu, 126 kes adalah positif, 514 kes adalah negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan,” katanya.
Menurutnya, bagi kluster DTI Semenyih, sebanyak 1,757 sampel diambil yang terdiri daripada 1,630 OKT dan 127 kakitangan.
” Daripada jumlah itu, 66 kes adalah positif, 753 kes negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan sudah dijalankan misalnya aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber : asiakini
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Dr Noor Hisham Sendiri S4hkan,” Kini Timbul Kluster Baru Dan 44 Orang Sudah Dijangk!ti"