“Lelaki Ini Berani Berdeb4t Dgn Menteri Ag4ma Is.u T0ngkat Khutbah,” Jwapan Last Dr Zul Buat Dia Terdiam

Semalam heb0h dilaman media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi teguran berkenaan isu tongkat khutbah semasa hari raya tempoh hari.

Beliau menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keser1usan dan bukan menjadi bahan lawak.” tulis beliau.

Pendapat yang berbeza

Namun,lain pula pendapatnya dengan seorang lelaki ini yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr.Zulkifli dan mereka dilihat saling berbalas posting di laman twitter.

The Zach: “Ni juga joyk1ller. Kita musim PKPB pun masih tak paham2 orang ada kekangan banyak benda.”“Dia ingat suka2 kot orang ikhtiar macam2 nak bagi khutbah dan solat berjalan dengan sah?”tulisnya

Susulan daripada pertanyaan itu, Dr.Zulkifli telah mengulas dengan lebih lanjut kepada lelaki tersebut.

Dr.Zul: “Khutbah dan solat tetap sah tanpa tongkat. Jika ada kekangan untuk dapatkan tongkat, tidak perlu tongkat. Saya yakin kita sama-sama bersetuju bahawa matlamat khutbah adalah mesejnya, bukannya tongkat yang dijadikan bahan gurauan.”

Masih lagi tidak sependapat dengan Menteri Agama,lelaki tersebut meninggalkan komen sedemikian.

The Zach: “Mereka tak gurau pun. Dah kebetulan itu je ada dan niatnya adalah untuk tongkat, sapa kita nak pertikai niat orang? Saya sendiri belit besi dengan kain semlam. Dan saya tak pikir benda tu lawak pun.Kalau anda pikir benda tu lawak tu masalah anda la.”

Saya tidak pertikai niat sesiapa,teguran saya umum

Dr.Zul: “Cuba baca semula tweet pertama saya. Saya tidak pertikai niat sesiapa. Ianya cuma nasihat umum. Ya, anda juga tidak tahu mereka bergurau atau tidak. Terima kasih atas keprihatinan.”

Elak beri fatwa perkara yang samar2

The Zach: “Ya, jadi elak beri fatwa dalam perkara samar2. Orang pakai pendapat kita, kena fikir implikasi fatwa. Kita berada dalam norma baru. Jadi pilih2 untuk respon. Bukan semua benda spt ni. Anda menteri, bukan lagi mufi. Beri polisi kerajaan yang berimpak. Itu umat mahu.”

Fatwa diberikan pada hal yang samar

Dr.Zul: “Boleh rujuk definisi fatwa. Fatwa diberikan pada hal yg samar. Adapun dari sudut perundangan, ia hanyalah satu bentuk pandangan hukum, bukan fatwa. Polisi telah saya nyatakan sejak hari pertama. Jemput teliti semula. Untuk dokumen lengkap, insya-Allah dalam masa terdekat.”

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat Menteri Agama.

Doktor tak perlu reply lagi, susah nak berdebat dengan orang b0**h

Sumber : Twitter / utusanrimbabara

Guna P3dang Samurai, Letak Mesin Basuh Kat Depan Masa Baca Khutbah.

Ada yang guna pedang samurai, gitar karen, kayu pengacau dodol..malah ada yang letak mesin basuh kat depan masa baca khutbah.

Itu antara pelbagai gelagat ‘khatib terjun’ dapat dilihat ketika membacakan khutbah raya sempena hari pertama Aidilfitri kelmarin.

Larangan mengerjakan solat Aidilfitri di masjid membuka ruang buat ketua keluarga masing-masing mengasah bakat menjadi khatib untuk membaca khutbah raya.

Apa yang menarik perhatian adalah mereka menggantikan tongkat khutbah dengan objek lain yang kebiasaannya dipegang khatib ketika membaca khutbah.

Ada antara mereka memegang lampu hiasan, vakum, joran pancing, kayu golf, penyidai baju dan pedang cahaya daripada filem Star Wars.

Gelagat khatib terjun itu kemudian tular apabila gambar mereka dimuat naik di media sosial.

Seorang warga Twitter Henceitsnani berkongsi ‘tongkat’ dipegang bapanya.

” Bapa saya tidak mempunyai tongkat untuk raya hari ini (kelmarin), dia gunakan lightsaber,” tulisnya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak dan mempersendakannya.

” Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak,” katanya kepada Bernama.

Semakan Harian Metro di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, khatib dari sudut bahasa membawa maksud individu yang bercakap di hadapan sekumpulan manusia.

Menurut kenyataan itu, antara perkara yang disunatkan ketika khutbah adalah memegang tongkat, pedang atau busur anak panah.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan.

” Imam Al-Nawawi juga pernah berkongsi pendapat ashab al-Syafi’eyyah yang menyatakan sekiranya khatib tidak menemukan pedang, tongkat dan seumpamanya maka hendaklah khatib itu menenangkan tangannya.

” Iaitu dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri atau dia melepaskan sahaja kedua tangannya dan tidak menggerak-gerakkan tangannya.

” Tujuannya adalah untuk mencapai kekhusyukan dan menghalang daripada melakukan perbuatan yang sia-sia,” katanya.

Katanya, hukum memegang tongkat semasa berkhutbah adalah sunat iaitu disunatkan memegang tongkat dengan tangan kiri manakala tangan kanan memegang bahagian mimbar.

” Perbuatan ini bertujuan menghasilkan ketenangan dalam penyampaian kepada jemaah.

” Meskipun begitu, tidak ada masalah sekiranya khatib berkhutbah tanpa memegang tongkat. Namun dia disarankan untuk meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri, bagi membentuk posisi tubuh yang menenangkan atau boleh sahaja untuk khatib melepaskan kedua-dua tangannya ke bawah semasa berkhutbah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : trending sangat

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lelaki Ini Berani Berdeb4t Dgn Menteri Ag4ma Is.u T0ngkat Khutbah,” Jwapan Last Dr Zul Buat Dia Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*