Mathni Razak berdepan situasi cemas apabila pejabatnya yang terletak di Kajang, Selangor hampir dir0mpak.
Kejadian berlaku pada pagi 1 Syawal lalu. Mathni menerusi Harian Metro menjelaskan, dia menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi barang terjatuh.
“Saya bersama keluarga memang habiskan masa sepanjang malam sehari sebelum raya untuk menyediakan kerepek dan beberapa barang jualan.
“Jadi, kami berada di sana sehingga pagi dan sempat tidur sebentar sebelum Subuh. Lebih kurang jam 7.30 pagi, saya terdengar bunyi seperti ada benda terjatuh dan agak kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Menurut bintang Degup Cinta ini lagi, dia melihat kelibat dua lelaki lengkap bertopeng dan bersarung tangan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pejabat.
“Pada awalnya, saya ingat mereka adalah polis yang membuat rondaan. Namun, saya rasa berasa ragu kerana ada tindak tanduk mereka yang nampak mencurigakan.
“Apabila saya perhatikan, mereka memecah masuk ke pejabat yang terletak di tingkat bawah. Saya terus menghubungi polis dan pada masa sama, meminta bantuan rakan yang tinggal berhampiran.
“Tiga kali saya cuba menghubungi polis, namun masih belum ada sebarang tindakan. Jadi, saya terpaksa bertindak dengan menghentak dinding apabila mereka sudah mula naik ke tingkat atas dan akhirnya melarikan diri,” akuinya.
Mathni juga menjelaskan disebabkan itu, dia menghabiskan hampir keseluruhan sambutan hari pertama Aidilfitri untuk membuat laporan polis.
Malah, situasi hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini kira-kira dua tahun lalu.
“Polis tiba di tempat kejadian sekitar jam 9.30 pagi. Saya tak pasti sama ada ini tindakan wajar atau tidak.
“Risau juga sebab dalam tempoh dua jam itu macam-macam boleh berlaku contohnya, saya sekeluarga termasuk anak yang masih kecil mungkin boleh disamun dan dicederakan,” katanya.
Mathni turut berkongsi, dia banyak menghabiskan masa di pejabat yang dijadikan sebagai pejabat virtual untuk mereka yang baru memulakan perniagaan selain tempat menjalankan perniagaan makanan dan bundle.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Mathni Razak
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Awalnya, Saya Ingat Mereka Adalah P0lis Yang Membuat R0ndaan. Namun…,” Pejabat Pelak0n, Mathni Razak Hampir Dir0mpak"