“Dapat Usap Pipi Pun Jadilah” Rupa-rupanya Air Mata Tak Terhenti Di K@wat Berdvri, Wanlta Ded4h Berlaku Tangisan Kedua Selepas Lemang Dibawa Rentas Sempadan

HAMPIR tiga bulan tidak bersua muka, akhirnya rindu yang ditanggung oleh seorang adik terhadap abangnya terlerai jua.

Meskipun dihalang kawat berduri, namun melihat tubuh si abang dengan mata kepala sendiri sudah cukup untuk mengubat kerinduannya.

Begitulah pertemuan penuh emosi di antara Nur Adilah Abu Sien dengan abangnya, Shahrun Abu Sien pada 1 Syawal, baru-baru ini.

Video pertemuan kedua-dua beradik ini yang berlaku di sempadan Selangor dan Perak, menjadi tular di media sosial gara-gara menyentuh hati netizen.

Berkongsi cerita, Nur Adilah berkata dia berasa sungguh bersyukur kerana dapat bertemu dengan abang kesayangannya walaupun dalam tempoh kurang daripada lima minit.

Perkongsian video oleh Nur Adilah mengenai pertemuan bersama abangnya, Shahrun, menjadi tular di media sosial.

“Pada 1 Syawal lalu saya beraya di kampung suami di Ulu Bernam. Abang saya pula tinggal di Kampung Kubu, Tanjung Malim. Memang dekat sangat dah sebab kedua-dua di sempadan Selangor dan Perak.

“Pada tengah hari 1 Syawal, abang hubungi saya, beritahu dia nak kirim lemang yang dibuatnya sendiri kepada ibu kami untuk saya bawa pulang. Bila dengar macam tu, siapa yang tak sedih kan.

“Jadi kami sepakat bertemu di sempadan Perak dan Selangor seperti dilihat di dalam video tu,” kata wanita berusia 49 tahun ini.

Antara momen menyentuh hati ketika pertemuan dua beradik ini.

Menurut Nur Adilah, dia tidak dapat menahan air mata saat pertama kali bersua muka dengan abangnya yang berusia 54 tahun itu sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

Menambahkan kesedihan, mereka tidak dapat berkumpul dan saling bermaafan sebagaimana kebiasaan pada Syawal tahun-tahun sebelum ini.

“Mengalir air matanya sebab mak pun rindu pada abang… dah lama tak bertemu. Namun saya gembira sebab lihat mak gembira terima kiriman abang.”

NUR ADILAH ABU SEIN

“Siapa yang tak sedih melihat orang yang kita sayang depan mata? Tak dapat peluk cium, dapat salam cium tangan dan usap pipi pun jadilah. Memang sebelum ini ada buat panggilan video, tapi kali ini ia tak sama.

“Kami memang rapat sangat. Abang anak ke-8 manakala saya anak bongsu daripada 10 adik beradik. Setiap kali ada pertemuan keluarga seperti perayaan dan kenduri, memang semua adik beradik akan turut serta,” ujarnya yang menetap di Sungai Buaya, Rawang Selangor.

Tambah Nur Adilah, ibunya Hajah Fatimah Ali Tahar yang kini berusia 86 tahun, turut mengalirkan air mata saat menerima lemang kiriman abangnya itu.

Nur Adilah bersama suami dan lima cahaya matanya.

“Sebaik tiba di Rawang, saya sampaikan lemang dan duit raya kiriman abang kepada mak, serta tunjukkan video pertemuan itu yang dirakam oleh anak saya kepadanya.

“Mengalir air matanya sebab mak pun rindu pada abang… dah lama tak bertemu. Namun saya gembira sebab lihat mak gembira terima kiriman abang.

“Mak tinggal bersama anak saudara namun kami dalam satu taman perumahan. Saya sering jenguk dan uruskan keperluan mak sebab rumah kami berdekatan saja,” ujar ibu kepada lima cahaya mata ini.

Abang kepada Nur Adilah, Shahrun, kini menetap di Kampung Kubu, Tanjung Malim.

Nur Adilah dalam pada itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial kerana dia hanya mahu mengabadikannya untuk tatapan ahli keluarga dan kenalan.

“Ramai yang kongsi kembali sebab rasa momen tersebut sedih dan menyentuh hati mereka. Tapi sejujurnya, video itu dirakam untuk ditunjuk pada mak dan adik beradik. Langsung tiada niat nak cari populariti dan sebagainya.

“Bila dah viral, ada pula netizen salah anggap dan mengatakan ia pertemuan antara anak dan ayahlah, isteri dan suami dan sebagainya.

“Ada juga yang bangkitkan pasal SOP. Tapi saya nak terangkan, pertemuan itu mengikut SOP di mana pihak berkuasa yang berkawal di sempadan kedua-dua negeri beri kebenaran.

Netizen turut tersentuh dengan video pertemuan antara Nur Adilah dan abangnya.

“Namun sekejap saja… jumpa, salam, ambil lemang dan terus melambai pulang. Dalam tiga minit sahaja. Tapi tidaklah kami rakam semua prosesnya,” ujarnya.

Tambah wanita ini lagi, dia berharap perkongsian tersebut diambil secara positif selain menyampaikan mesej penting di mana setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.

“Harapan saya agar kita semua sama-sama mematuhi SOP agar virus ini segera berakhir. Sampai bila kita nak beraya dalam keadaan macam ini, kan? Tanggungjawab ini di bahu kita, bukan kerajaan semata-mata,” ujarnya menutup bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dapat Usap Pipi Pun Jadilah” Rupa-rupanya Air Mata Tak Terhenti Di K@wat Berdvri, Wanlta Ded4h Berlaku Tangisan Kedua Selepas Lemang Dibawa Rentas Sempadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*