“Kluster Kyangan Atau Bumi Sama Sahaja” Diminta Beri Jawapan Juj0r Hal VIP Beraya L@nggar S0P, Ismail Ser@h P0lis Slasat

PROSEDUR operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perayaan Aidilfitri tertakluk ke atas semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat atau darjat.

Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hariannya pada Rabu.

Ismail mengulas hal itu susulan timbulnya dakwaan segelintir golongan kenamaan atau VIP yang dilihat ingkar SOP ketika meraikan hari mulia itu.

“SOP sama, tidak ada perbezaan antara kluster kayangan dan kluster bumi. Sama sahaja.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Kalau pihak polis mengetahui mengenainya kita serahkan pada polis untuk jalankan tugas mereka,” ujarnya.

Dalam sesi soal jawab itu, Ismail sempat berseloroh apabila diminta oleh wartawan agar memberi jawapan melibatkan kes golongan VIP.

“Sejujur-jujurnya, memang setiap hari saya jujur bila menjawab,” ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Ismail turut mengulas isu serbuan di kolam pancing yang mana sebilangan pengunjung telah dikenakan kompuan oleh pihak polis.

“Saya dah sebut beberapa kali, memancing dianggap seperti riadah, tetapi riadah yang menyebabkan perhimpunan beramai-ramai tidak boleh.

“Saya dah sebut, kolam kita tak benarkan. Kolam biasanya tak macam tasik yang boleh ada jarak. Tepi sungai, sawah mugkin boleh.

“Tapi kolam tak besar, biasanya di kolam ni ramai di sekeliling. Apa sahaja aktiviti yang menyebabkan berlaku perkumpulan, diletak di bawah senarai terlarang (negatif list),” ujarnya.

Dalam sidang media sama, Ismail juga menggesa mana-mana syarikat agar menjalankan temuduga secara maya menerusi panggilan video dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Malah tegasnya, kerajaan langsung tidak akan membenarkan perjalanan rentas negeri dilakukan atas alasan temu duga kerja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kluster Kyangan Atau Bumi Sama Sahaja” Diminta Beri Jawapan Juj0r Hal VIP Beraya L@nggar S0P, Ismail Ser@h P0lis Slasat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*