” Walaupun dah 91 tahun , tok memag kuat dan sihat. tok pi haji pun di usia 89, cuma 3 bulan kebelakangan ni kesihatan tok dah merosot so kerap jugak la kami ulang alik balik loq staq. Sebelum ni tok memang dok kl giliaq2 umah kami adik beqadik. Tapi bila dia tak sihat dia nk balik dok loqstaq..”
Demikian perkongsian pelakon, Rozita Che Wan atau Cha Ta di Instagram yang buat ramai peminat beliau sebak.
Pemergian arwh nenek tersayang, Allahyarham Munah Hadi, 91, memberikan kesedihan mendalam Che Ta, apatah lagi ketika sedang menyambut Syawal.
Kehilangan yang cukup pahit untuk ditelan Che Ta apabila arwh menghembvskan nfas terakhir di sebuah hospital di Jitra, Kedah, jam 5.06 petang, semalam.
Allahyarham meninggI dnia akibat sakit tua dan dikebumikan selepas waktu Isyak, malam tadi. Che Ta dan keluarga sempat pulang ke kampung halaman untuk bertemu arwh buat kali terakhir.
Sempat menatap wajah dan berada di sisi arwh hingga saat akhir
Che Ta berkata, arwh kerap masuk keluar ke hospital bagi mendapatkan rawatan, sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, keadaan semakin tenat dan dimasukkan ke hospital pada malam raya.
” Saya dan keluarga bergegas pulang ke Jitra, sejak tengah hari hari raya pertama lagi.
” Saya sempat menatap wajah dan berada di sisi arwh, sebelum menghmbuskan nfas terakhir. Saya juga menjenguk arwh ketika dimasukkan ke hospital, beberapa bulan lalu.
” Saya reda dengan pemergiannya, malah seluruh keluarga saya bersedih atas pemergian insan tersayang,” katanya kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.
Pelakon drama Kiah Pekasam dan Lelaki Kiriman Tuhan itu berkata, arwh nenek sangat rapat dengannya sejak kecil.
” Kehilangannya amat dirasai kerana arwh menjaga saya, sejak kecil. Arwh tinggal bersama mak dan adik beradik yang lain. Saya membesar dengannya.
” Saya dan adik beradik akan bergilir-gilir menjaga dan melayan jika arwh datang ke Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu dalam satu entri terkini ditulis di Instagram, Che Ta meluahkan rasa sebak beliau mengenang arwh nenek beliau yang membesarkan mereka 7 beradik.
” Rindu arwh tok. Gambaq ni masa qaya thn lepaih. Tok dgn mak yg besarkan kami semua 7 adik beradik ..
” Alhamdulillah, pemergian tok dalam keaadan yang sangat mudah dan senang.. kami adik beqadik dapat peluang mandikan jnzah tok dan naik qamai2 van jnzah.. memory untuk kami”
” Ya Allah, ampunilah dosa Tok, berilah rahmatMu ke atas rohnya, sejahtera dan maafkanlah dia serta Engkau tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beramal soleh.” akhiri Che Ta
Be the first to comment on "“Sempat Men4tap Wajah Buat Kali Terakhlr,” Pelak0n Terkenal Che Ta Kehilangan Orang Tersayang"