“Syawal Kali Ini Paling ‘Saklt’ Bagi Jurvtera Lama Bertugas Di Jepun” Nyarls Resign Fikir Pengurusan Jenzah Di Luar Negara, Siap Diminta Tulis Waslat

SUASANA Aidilfitri pada tahun ini pastinya terasa lebih sayu khususnya buat golongan perantau yang jauh beribu batu mencari rezeki di negara orang.

Tidak terkecuali buat wanita ini yang sudah lima tahun berkelana di Tokyo, Jepun.

Bagi Amalina Tajudin, sungguhpun agak ‘terbiasa’ menyambut lebaran jauh daripada keluarga tersayang kerana sudah beberapa kali meraikannya di negara matahari terbit itu, namun suasana pada kali ini ternyata sungguh berbeza gara-gara pandemik Covid-19.

Ketika berkongsi cerita, wanita berusia 26 tahun ini berkata Aidilfitri pada kali ini hanya dirayakan seorang diri memandangkan rata-ratanya mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak maut itu.

“Kebiasaannya pada pagi raya, rakyat Malaysia di sini akan berkumpul di kedutaan. Kami akan solat sunat Aidilfitri, menikmati jamuan dan berkunjung ke rumah rakan-rakan.

“Tapi pada tahun ini, aktiviti itu tiada kerana kami tidak menerima sebarang pengumuman daripada kedutaan.

Sebelum pandemik Covid-19, Amalina dan rakan-rakannya akan berkumpul di Kedutaan Malaysia pada pagi 1 Syawal.

“Sejak bekerja dua tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk tinggal seorang. Jadi terpaksa beraya seorang diri sahaja sebab tak sesuai pula nak kunjung-mengunjung ketika ini, dan pasti ada yang keberatan nak menerima tetamu.

“Sebagai persediaan, saya sudah menempah beberapa juadah daripada kenalan Malaysia seperti satay, kuih raya dan kuih muih seperti karipap. Sedih juga tapi pastinya saya dan keluarga serta rakan-rakan berhubung menerusi panggilan telefon atau video,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalamannya ketika situasi pandemik Covid-19 di negara tersebut, Amalina berkata dirinya berdepan dengan cabaran yang bukan kepalang.

“Sejak awal Ramadan saya tak berjumpa langsung dengan kenalan dari Malaysia. Apatah lagi selepas syarikat benarkan untuk bekerja dari rumah. Memang terasa sunyi sangat.”

AMALINA TAJUDIN

JURUTERA

“Tahun-tahun sebelum ini kalau bulan Ramadan, selepas pulang kerja, saya dan rakan-rakan akan berbuka puasa bersama dan berterawih. Kebetulan rumah saya berdekatan dengan sebuah masjid.

“Tapi kali ini, sejak awal Ramadan saya tak berjumpa langsung dengan kenalan dari Malaysia. Apatah lagi selepas syarikat benarkan untuk bekerja dari rumah. Memang terasa sunyi sangat,” ujarnya yang berasal dari Kamunting Perak.

Malah ujarnya, dia nyaris menghantar surat peletakan jawatan ketika kerajaan Jepun mengisytiharkan ‘state of emergency’ pada awal April lalu ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19.

“Sebenarnya ada perkara yang membuatkan saya hampir nekad nak resign. Ketika itu, ada kes umat Islam di sini yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan masjid sukar untuk uruskan jenazah, manakala pihak hospital pula nak bakar.

“Agak kecoh juga isu tu sehingga masjid itu cadangkan umat Islam tulis wasiat siap-siap minta dikebumi secara Islam. Namun selepas berbincang dengan senior di syarikat, saya tukar fikiran apatah lagi syarikat kemudian benarkan bekerja kami bekerja dari rumah,” ujarnya.

Amalina berkesempatan meraikan Aidilfitri bersama keluarganya pada tahun lalu.

Memandangkan kes di Jepun masih mencatatkan peningkatan dengan kerajaan negara itu pada 21 Mei mengekalkan perintah berkurung di Tokyo dan Hokkaido, Amalina berkata dia bersama rakan-rakan Malaysia yang menyertai Kelab Bunga Raya Jepun menggerakkan inisiatif ‘Kizuna PPE Donation Project’.

Projek tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai membuat sumbangan dalam menyediakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk hospital di negara tersebut.

“Doktor-doktor memerlukan PPE untuk merawat pesakit Covid-19, dan memang ketika ini masih tak cukup menampung keperluan. Sehingga kini (berita ditulis) ada 100 helai berjaya disiapkan.

“Kami menyasarkan untuk mendapatkan sumbangan bagi menyiapkan 700 hingga 800 helai PPE,” katanya yang juga Naib Presiden Hubungan Luar kelab tersebut.

Inisiatif yang digerakkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jepun dengan kolaborasi bersama Kelab Bunga Raya.

Dalam pada itu, Amalina berkata dia bercadang untuk pulang bercuti di tanah air untuk melepaskan rindu kepada keluarga, sebaik sahaja pandemik Covid-19 reda.

“Bila keadaan sudah beransur baik, perkara pertama pastinya nak jumpa kawan-kawan di sini dahulu sebelum pulang Malaysia.

“Namun ia sekadar bercuti. Buat masa ini tiada lagi perancangan untuk back for good. Saya mahu mencuba peluang pekerjaan di sini dahulu. Selagi boleh bertahan, insya-Allah saya akan bertahan,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Syawal Kali Ini Paling ‘Saklt’ Bagi Jurvtera Lama Bertugas Di Jepun” Nyarls Resign Fikir Pengurusan Jenzah Di Luar Negara, Siap Diminta Tulis Waslat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*