“Nak Buat Benda Salah Jangan Sh0w 0ff La Itu Saja Cerita Dia” Elfira Loy Tegur Sikap G0longan Bangga T4yang Aktiviti Beraya Di Laman S0sial

MASIH ada lagi sebilangan masyarakat yang melakukan aktiviti ziarah raya sehingga kini biarpun kerajaan hanya memberi kelonggaran tersebut dilakukan pada 1 syawal yang lalu.

Tidak senang melihat sikap segelintir masyarakat yang masih berdegil, pelakon Elfira Loy, 26, turut tampil menyuarakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mempertikaikan tindakan individu yang sengaja memaparkan aktiviti tersebut di laman sosial sehingga menjadi ikutan orang lain.

Elfira menyuarkan pendapatnya dengan memuat naik status di Instastory.

“Minta maaf kalau post ini mengores hati sesiapa. Saya rasa, menjemput orang, berjumpa dengan rakan dan keluar bersiar itu merupakan pilihan anda sendiri.

“Tapi apa yang kurang menarik apabila awak paparkan perkara itu di Instagram. Sesetengah orang akan fikir ia perkara yang betul dan boleh dilakukan.

“Segelintir orang mahu melakukan perkara yang sama. Walaupun anda bersihkan diri dengan semburan pembersih alkohol… ia tidak akan berkesan,” kata Elfira.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Demi Dia itu memuat naik status menyuarakan pandangannya itu menerusi laman Instastory miliknya.

“Tapi apa yang kurang menarik apabila awak paparkan perkara itu di Instagram.”

ELFIRA LOY

PELAKON

Sebelum ini, kerajaan membenarkan melakukan aktiviti ziarah hanya pada hari raya pertama sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menegaskan sambutan pada hari raya kedua mahupun seterusnya tidak dibenarkan dan menyalahi SOP dikeluarkan kerajaan.

Dalam pada itu, Elfira memberi nasihat kepada golongan yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak berkongsi aktiviti ziarah yang dilakukan di laman sosial.

“Nak buat benda salah jangan show off la itu saja cerita dia. Simpan saja kenangan itu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Buat Benda Salah Jangan Sh0w 0ff La Itu Saja Cerita Dia” Elfira Loy Tegur Sikap G0longan Bangga T4yang Aktiviti Beraya Di Laman S0sial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*