“Nak Jadi Cikgu Disiplin Fizi Boleh, Geram Eh” Neelofa

Sejak dua tiga hari ini nama Fizi, salah satu watak dari animasi Upin dan Ipin menjadi bualan hangat netizen. Hanya kerana satu babak Fizi yang ‘tersalah bual‘, video sedutan pendek dari siri animasi ini menjadi tular di sosial media.

Disebabkan itu juga ‘tentera bawang’ mula melakukan tugas mereka dengan mendedahkan pelbagai babak kesalahan Fizi yang bermulut lancang sepanjang siri animasi ini. Malah ada juga yang turut menumpang simpati diatas nasib Upin dan Ipin dalam sambungan babak yang menjadi tular semalam.

Walaubagaimanapun, perangai Fizi ini turut meraih perhatian selebriti terkenal Neelofa. Menerusi ruangan Twitter milik pelakon dan pengacara ini, Neelofa menulis seperti berikut:

Tweet dari Neelofa ini telah meraih 1,600 retweets dan 4,700 likes. Amboi geram betul Neelofa dengan budak bernama Fizi ini ya!

Sebelum itu, Neelofa sendiri pernah menulis seperti berikut gara-gara video Fizi yang tular itu.

Buat yang tidak tahu kenapa nama Fizi menjadi sebutan ramai, kami kongsikan semula video sebabak animasi Upin dan Ipin ini.

Di ruangan komen Twitter Neelofa ini rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai hal ini seperti berikut:

“Boleh tu boleh. Tapi takut Tok Dalang nak masuk tadika balik”

“Lofa jadi cikgu disiplin semua murid behave”

“Kalau Neelofa jadi cikgu disiplin hari-hari Fizi akan buat salah”

Ini pula antara artikel yang kami pernah kongsikan mengenai isu nama Fizi ini tular di sosial media. Tak pasal-pasal nama Fizi jadi trending ya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Jadi Cikgu Disiplin Fizi Boleh, Geram Eh” Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*