“Tak Kira Ag4ma,” Uncle Kentang Bantu Urvs Kebvmi Jenzh Menjelang 1 Syawal Termas0k Bayi 5 Bulan Dah 14 Hari MeninggaI Dvnia,

BUKAN wakil rakyat ataupun orang kenamaan, namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini cukup memberikan inspirasi dan mendapat pujian rakyat Malaysia.

Itulah gerangan empunya nama Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Ahli perniagaan ini dikenali kerana aktif dalam kerja-kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agama ataupun bangsa.

Namun, apa yang dilakukan Uncle Kentang baru-baru ini, cukup membuka mata masyarakat.

Lelaki berbangsa Cina ini menghabiskan satu hari suntuk membantu menguruskan dua jenazah lantaran keluarga tidak berkemampuan.

Perkongsian Uncle Kentang mengenai pengalamannya membantu menghantar jenazah menjelang 1 Syawal yang lalu.

Menurut perkongsian di laman Facebook dan juga saluran YouTube miliknya, Kentang Production, lelaki ini berkata urusan membantu kedua-dua jenazah tersebut berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfiti.

“Kes satu, menguruskan jenazah bayi yang sudah meninggal dunia 14 hari kerana ayah dan ibu tidak berkemampuan.

“Awal pagi bertolak dari Puchong Utama ke Hospital Sabak Bernam. Bayi berusia lima bulan. Perjalanan memakan masa hampir dua jam. Bertemu dengan keluarga tersebut dan berhubung dengan pihak masjid untuk uruskan. Semua urusan pengekebumian diuruskan pihak masjid.

“Syukur kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor telah membantu mempermudahkan urusan tersebut. Kini jenazah bayi telah selamat disemadikan dengan aman di Sabak Bernam,” tulisnya.

Uncle Kentang membantu dalam urusan pengkebumian jenazah seorang bayi baru-baru ini.

Selesai sahaja urusan dengan kes pertama, lelaki itu berkata dia terus bergegas pulang untuk memgambil van jenazah dan menuju ke Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang.

Ditemani seorang rakan bernama Alfred, mereka bergilir-gilir memandu kerana jarak perjalanan yang jauh.

“Kes dua, menguruskan jenazah di Sungai Bakap, Pulau Pinang akibat paru-paru berair. Mereka bukan orang senang dan tidak mampu untuk membayar pengurusan jenazah untuk dibawa pulang ke Felda Tembangau, Pahang.

Uncle Kentang membantu menghantar jenazah kedua dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ke rumah arwah di Felda Tembangau, Pahang.

“Saya dan team bertugas pada hari tersebut dan kebetulan malam raya pula. Inilah Syif Malam Raya kami ditugaskan untuk mengambil dan menghantar jenazah ke Felda Tembangau.

“Jenazah siap dimandikan dan disolatkan ketika kami tiba. Saya mendapat restu daripada keluarga arwah untuk membawa jenazah dari Sungai Bakap ke Felda Tembangau.

“Bayangkan mereka tiada duit dan menerima berita kematian orang tersayang. Kita permudahkan… bab pahala atau tidak, itu bukan hak kita, itu hak Tuhan.” tulisnya.

Antara komen netizen yang memuji malah mendoakan Uncle Kentang dikurniakan hidayah suatu hari nanti.

Lelaki ini juga berkata, ianya pengalaman malam raya yang indah bagi dirinya dan rakan yang bertugas kerana berjaya menunaikan hasrat keluarga arwah untuk disemadikan di kampung halaman.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang positif daripada netizen dengan rata-rata memuji pendekatannya kerana tidak membezakan bangsa atau agama.

Malah tidak kurang juga ada di antara netizen yang mendoakan agar dirinya dikurniakan hidayah suatu hari kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Kira Ag4ma,” Uncle Kentang Bantu Urvs Kebvmi Jenzh Menjelang 1 Syawal Termas0k Bayi 5 Bulan Dah 14 Hari MeninggaI Dvnia,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*