Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Nik Qistina mended4hkan dia sebenarnya telah mendirikan rumah tangga.
Namun menurut Qistina, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu selama dua tahun sebelum ini.
“Saya ingin berkongsi berita besar yang telah saya simpan selama dua tahun, saya sebenarnya sudah berk4hwin,” tulis Qistina di Instagram.
Dalam pada itu, Qistina turut mendedikasikan kata-kata manis buat suaminya, Nik Syahiran.
“Terima kasih sayang kerana sudah mengharungi susah senang bersama saya, awak juga selalu memberi semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa.
“Sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik dan saya telah lakukan pelbagai kesilapan, tetapi dengan adanya awak di sisi, saya tahu saya boleh cuba untuk jadi yang lebih baik.
“Terima kasih kerana sentiasa menjadi diri sendiri, kekal bersama saya selamanya, saya sayang awak,” tulisnya lagi
Terdahulu, Qistina telah berentap di pentas Dansa Dan Sing bersama para peserta lain. Namun perjalanannya dalam pertandingan itu terhenti apabila dia tersingkir pada minggu ketiga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: Gempak/ @LubukMaklumatViral
PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Berita Besar Yang Saya Simpan Selama Dua Tahun” Nik Qistina Ded4h Sudah Berkahwin"