“Itu Am4nah Allah Dan Rezeki Untuk Anak-anak Saya” Dua Kali Keggvran, Netizen C@dang Almy Nadia Henti Buat Ulasan Makanan

DUA kali mengalami keguguran dalam tempoh beberapa bulan sehingga segelintir netizen mencadangkan agar Datin Almy Nadia berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya.

Bagaimanapun, Almy, 34, menafikan perkara itu menjadi punca dia keguguran dan akan meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat.

Katanya, suami dan anak-anaknya akan mengambil alih tugas tersebut buat ketika ini.

Almy turut menganggap apa yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab dan punca rezeki untuk keluarganya.

“Kalau saya tak buat, suami saya yang akan ambil alih sebab itu amanah Allah dan juga rezeki untuk anak-anak saya.

 

Almy Nadia berkongsi foto keluarga pada hari raya kelima.

“Mungkin ada jenis makanan yang saya tak boleh cuba, tapi suami dan anak-anak saya boleh buat. Saya pun tak ada masalah untuk buat ulasan itu makanan,” ujarnya.

Pada Khamis, Almy menjalani pembedahan mencuci rahim selepas mengalami keguguran kandungan yang baru berusia enam minggu.

Pelakon itu mengalami pendarahan rahim sesak 22 Mei lalu akibat luka pada kantung.

“Kami dah cuba selamatkan kandungan ini, saya jaga pemakanan sejak awal dapat tahu saya hamil. Doktor juga nasihat jangan buat kerja berat atau angkat anak.

“Tapi ada luka di kantung bayi yang menyebabkan pendarahan, luka itu semakin lama semakin besar dan pendarahan yang banyak tapi saya tak sakit pun,” ujarnya.

Sementara itu, Almy berkata, dia tidak berasa sedih atau terkilan kerana percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk dia dan keluarga.

“Mungkin ini bukan rezeki saya. Saya percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk saya lepas ni.

“Saya tak sedih sebab saya muda lagi boleh mengandung lagi, saya cuma sedia belum dapat jumpa anak-anak lagi daripada semalam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Itu Am4nah Allah Dan Rezeki Untuk Anak-anak Saya” Dua Kali Keggvran, Netizen C@dang Almy Nadia Henti Buat Ulasan Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*