“Salah Divider Tu Bukan Salah Ayang” Netizen Terhibur Baca Perbualan Whatsapp Suami Isteri Ni

Dalam kehidupan berpasangan, banyak asam garam dan momen manis mahupun pahit yang dialami. Bergantung dengan mereka macam mana nak handle situasi tersebut. Ada yang ambil serius dan ada yang suka bergurau dengan pasangan masing-masing.

Namun, ada situasi yang cukup menghiburkan netizen di Twitter dimana pasangan berkahwin ini ada share perbualan mereka di Whatsapp. Pemuda ini menceritakan yang isterinya ada terlanggar divider jalan menyebabkan ada sedikit calar di bahagian bawah pintu kereta.

Korang tau tak apa respon si suami ? 

Dengan slamba si suami balas macam tu dekat si isteri. Tapi, ada satu chat yang si suami dah delete, apa sebenarnya yang dia tulis time tu ?

Alahaii.. nak jaga hati bini punya pasal. 

Dikatakan si isteri dah 3 kali failed ambil ujian lesen, namun si suami paksa juga supaya suruh isteri dia ambil lesen kereta sampai lulus. Dan akhirnya si isteri dapatlah lesen memandu kereta sejak 2 tahun lepas pada usia 33 tahun.

Apa yang lebih kelakar, cara si isteri lepaskan stress lepas kereta langgar divider dengan ‘cuci mata’ nak shopping handbag. Alahaiii… 

Namun, di sebalik kereta terlanggar divider, ada satu lagi situasi yang cuba ‘disembunyikan’ oleh si isteri. Tapi, akhirnya si isteri bagi tahu juga dengan si suami.

Hahahah kelakar isteri dia ni. Diam-diam rupanya dah lama tercalarkan rim kereta suami. Sebelum PKP katanya. 

Katanya, sebab anak-anak tak duduk diam dalam kereta, sebab tu tak boleh fokus drive.  Memang ramai netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Pandai diorang settle kan masalah.

Tergelak baca storyline ni.

Comel je pasangan ni kan…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Salah Divider Tu Bukan Salah Ayang” Netizen Terhibur Baca Perbualan Whatsapp Suami Isteri Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*