“Limav Untuk Jvalan Bertabvran,” Angg0ta P0lis G0tong-r0yong Bantv Kvtip Dijal4nan

Pelbagai kisah diperoleh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan terutamanya melibatkan Ops C0vid-19. Para petugas keselamatan yang berkhidmat menjaga kelancaran lalu lintas dilihat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi.

Pastinya banyak pengajaran dan inspirasi yang dizahirkan oleh mereka untuk tatapan masyarakat. Hal tersebut sedikit sebanyak menonjolkan kepada umum bahawa mereka juga manusia biasa yang penuh nilai murni.

Limau nak jual bertabur atas jalan

Dalam perkongsian yang dibuat laman Facebook Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang, beberapa anggota polis yang bertugas di Ops Covid-19 telah membantu seorang lelaki mengutip limau untuk jualannya yang terjatuh dijalanan.

Menurut daripada kapsyen yang ditulis, pada awalnya pihak polis berasa sedikit curiga kerana sebuah motosikal dilihat berpatah balik. Rupanya, terdapat seorang insan yang tergesa-gesa mengutip buah limau yang bertabur atas jalan kerana terjatuh.

Bantu kutip limau

Insan tersebut memakumkan dia risau andai gajinya dipotong kerana gagal menghantar jualan tersebut mengikut kuantiti yang telah ditetapkan oleh majikan.

Disebabkan itu, pihak berkuasa yang bertugas mengambil inisiatif  membantu insan itu dengan sama-sama mengutip buah limau yang bertabur dalam kegelapan malam.

Terima kasih pihak polis

Perkongsian yang dibuat telah pun mendapat lebih daripada 12 ribu tanda suka di Facebook. Rata-rata menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak PDRM dan mengucapkan tahniah kerana masih mampu membantu orang lain ketika sedang bertugas.

Salute PDRM

Terharu lihat momen tersebut

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : JSJ Kontijen Pahang

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Limav Untuk Jvalan Bertabvran,” Angg0ta P0lis G0tong-r0yong Bantv Kvtip Dijal4nan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*