“Urusan Kerja Dan Suami-Isteri Berjauhan,” Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 1 Jun

Pada 21 Mei lalu, kerajaan tetap berpendirian dan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia untuk melakukan pergerakan merentas negeri pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Sudah tentunya, keputusan ini dibuat bagi menyekat dan memutusakn rantaian penyebaran COVID-19 semasa pulang ke kampung halaman masing-masing. Sudah tentunya, perkara ini disambut hiba terutamanya bagi anak-anak yang berada diperantauan.

Namun, menerusi laporan saluran berita tempatan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memutuskan bahawa perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dibenarkan semula bermula 1 Jun bersamaan Isnin ini.

Kelonggaran ini diberikan terutamanya buat pasangan yang berhubungan jarak jauh, urusan kecemasan, kematian dan juga berkaitan dengan pekerjaan sahaja.

“Hari ini mesyuarat bersetuju bahawa larangan itu ditarik balik. Oleh itu pasangan suami isteri yang terpisah boleh merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing. Perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja.” Katanya dalam laporan Harian Metro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Urusan Kerja Dan Suami-Isteri Berjauhan,” Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 1 Jun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*