“Dia Janji Tak Akan Lupakan Saya” Pertemuan Dengan Gadis Sabah Ubah Nasib Mualaf Geland4ngan, Tanya Pasal Anak Wrga Emas Ini Menang1s Teresak-esak

BENARLAH jika kuasa v1ral digunakan sebaiknya, ia pasti membawa banyak manfaat buat insan di luar sana.

Terbaharu, kisah seorang mualaf gelandangan yang ditemui di Sungai Buloh, Selangor turut mendapat perhatian netizen.

Kini, nasibnya juga terbela apabila ramai pihak mahu tampil membantu untuk membela nasibnya.

Menurut Rosnih Sugala, 25, dia pertama kali melihat lelaki berusia 65 tahun itu sewaktu tiba ke tempat kerjanya pada Jumaat lalu.

Namun pada hari berikutnya, dia sekali lagi bertemu lelaki itu yang duduk beralas kotak di hadapan tempat kerjanya pada awal pagi sebelum dia menyapanya.

“Pada Jumaat saya nampak dia jalan bawa beg berat, pakai tongkat, nampak terbongkok-bongkok. Sebelum ni tak pernah nampak, tapi nampak dari jauh sahaja.

“Pada pagi Sabtu saya tengok dia duduk depan kedai saya beralaskan kotak. Saya pula jenis random bagi duit raya kat orang, saya fikir nak bagi kat dia.

Connie membawa masuk warga emas ini untuk berehat seketika di dalam kedainya.

“Bila tegur, terus air mata dia mengalir. Selepas itu barulah dia cerita, dia masuk Islam pada 2004, isteri sudah meningal dunia akibat kanser hati dan anak pula diserahkan kepada orang suatu ketika dahulu,” ujar gadis itu kepada mStar.

Mesra disapa Connie, anak kelahiran Semporna, Sabah itu terus membawa lelaki mualaf itu masuk ke kedainya.

Pada hari itu, Connie dan rakan-rakan sekerja membantu memberinya makan dan pada sebelah malamnya pula, seorang rakan sekerja lelaki menemani warga emas itu untuk tidur di premis berkenaan.

“Kami bagi dia masuk dalam kedai, bagi dia mandi, tidur dan makan. Selepas dia dah Ok, barulah kami tanya lanjut.

“Dia dakwa dihalau keluarga. Bila tanya pasal anak dia sens1tif sangat sampai menang1s teresak-esak.

“Saya anggap diri ni macam anak dia, dia juga janji tak akan lupakan saya biarpun selepas ini dia akan dijaga oleh pihak berwajib.”

ROSNIH SUGALA

OPTOMETRIST

“Anaknya seorang, umur 11 tahun. Masa 2009 isteri dia men1nggal, dia jaga anaknya. Kemudiannya anak itu diserahkan kepada satu badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya tanya pasal anak, belum jawab dia dah teresak-esak,” ujar Connie lagi.

Dalam perkembangan semasa, Connie mendedahkan dia ada dihubungi Pusat Zakat Selangor selepas perkongsian kisah itu tular.

Kata Connie, lelaki berkenaan akan diuruskan oleh pihak tersebut selepas ini namun dia juga berjanji akan terus berhubung dengannya.

“Sewaktu saya keluar belikan baju dan telefon untuk dia, saya dapat panggilan dari Pusat Zakat Selangor.

Lelaki mualaf ini ditemui Connie di hadapan kedainya pada Sabtu pagi.

“Ada juga beberapa pihak lain nak bantu. Saya pun dah belikan telefon untuk dia, jadi saya tak akan lost contact dengan pakcik tu selepas ini.

“Saya anggap diri ni macam anak dia, dia juga janji tak akan lupakan saya biarpun selepas ini dia akan dijaga oleh pihak berwajib.

“Dia mengingatan saya untuk lebih berbakti kepada ibu bapa sendiri,” kata Connie lagi.

Dalam pada itu, kisah pertemuan Connie dengan muallaf itu menerima hampir 20,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : VK

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Janji Tak Akan Lupakan Saya” Pertemuan Dengan Gadis Sabah Ubah Nasib Mualaf Geland4ngan, Tanya Pasal Anak Wrga Emas Ini Menang1s Teresak-esak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*