“P0litik Negara Kembali Hang4t,” Sekali Br0nt Bagi D0a Khusvs Buat Ahli P0litik

Ketika situasi politik negara sedang hangat dengan pelbagai isu dan kemungkinan, pelakon Bront Palarae, mempunyai doa khusus buat pemain politik.

Jelas tidak menunjukkan kecenderungannya kepada mana-mana kumpulan, pelakon Bun0han itu mengharapkan sesiapa juga yang berusaha membantu rakyat, maka mereka didoakan agar dipermudahkan.

Namun untuk ahli politik yang sebaliknya, Bront mempunyai harapan yang lain pula.

“Buat pemimpin tak kira di mana-mana kem yang ingin membantu rakyat, mohon dipermudahkan urusannya.

“Buat yang ada niat selain daripada itu, mohon Kau celak4kanlah hidup mereka agar jadi pedoman buat generasi akan datang, ya Allah.

“Hanya pada-Mu kami berharap. Amin, ya robbal alamin,” ciap Bront di Twitter .

Sehingga lewat petang ini ciapan itu mendapat hampir 5,000 tanda suka dan lebih 3,000 ulang kicau.

Mandat tak ditarik balik

Rata-rata pengguna Twitter yang memberi respon kepada doa Bront itu dengan mengungkapkan kata ‘amin’ sebagai tanda bersetuju dengannya.

Ciapannya itu dibuat ketika wujud dakwaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang berada di peringkat akhir untuk kembali menjadi kerajaan selepas mereka diruntuhkan melalui ‘Langkah Sheraton’ baru-baru ini.

Rata-rata netizan bersetuku dengan Bront

Beberapa pihak mendakwa PH sudah memiliki sokongan anggota parlimen yang diperlukan bagi mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Untuk rekod Langkah Sheraton menyaksikan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS serta MIC dan MCA.

Kerjasama itu kemudian melahirkan Perikatan Nasional (PN). Namun pengkr1itik melabel PN sebagai kerajaan pintu belakang kerana penubuhannya menafikan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.

Untuk rekod sehingga kini, mandat yang diberikan rakyat kepada PH tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan.

Pertukaran kerajaan daripada PH kepada PN juga menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam dunia seni negara. Misalnya pelantikan bekas pemimpin pertengahan PKR mengetuai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Penggiat seni juga berdepan dengan kesulitan untuk mencari pendapatan ekoran pelbagai larangan yang menghalang mereka bergiat seperti biasa, termasuk menjalani penggambaran filem atau drama, serta mengadakan persembahan pentas

POLITIK takkan berhenti walau w4bak, walau b3ncana, walau bah

POLITIK ini takkan berhenti walau w4bak, walau b3ncana, walau bah, walau apa jua situasi. Nasihat la sebanyak mana, mereka takkan berhenti. Kerana politik sememangnya begitu.

Hari ini, kec0h juga bila Tun M dan 4 lagi ahli utama dalam BERSATU dip3cat dari parti.

Hari ini juga ters3bar desas desus kerajaan mungkin akan berpindah tangan lagi setelah PH kembali mendapat majoriti (katanya).

Entahlah. Aku ni bukan orang politik dan tidak berminat mana dengan politik. Cuma masih kena ambil tahu perkembangan kerana dengan politik wujudnya kerajaan yang memerintah negara.

Kena tunai tanggungjawab sebagai pengundi memilih calon dan parti mana kita rasa paling sesuai untuk menerajui negara.

Aku percaya, sangat ramai pengundi diam yang hanya memerhati gelagat ahli politik bersandiwara di pentas mereka. Pemerhati diam inilah penentu siapa yang bakal memerintah negara.

Yang sibuk berpolitik dan memihak ini, bukan penentu. Yang di atas pagar dalam diam inilah yang merubah kerajaan bila kuasa undi ditangan mereka.

Kita bukan pemain politik tegar, usahlah mudah bergadvh sesama kita. Kita diam-diam perhati mana yang baik dan mana yang bvruk.

Sampai masa, kita undi pilihan yang kita rasa paling baik.

Buat ahli politik, tak kira la kalian dari blok mana, dari parti mana, tolong laksanakan amanah dan tanggungjawab yang kalian galas itu sepenuh hati. Jujurlah dalam setiap kerja buat, bekerjalah demi negara dan rakyat.

Rakyat hanya mahu hidup aman damai. Hanya mahu menikmati kemajuan dan dapat ditingkatkan taraf hidup mereka.

Sekarang ini, politik negara kita sangat kacau bilau. Situ sini melompat, situ sini bertukar tangan dan pemerintahan. Sejujurnya aku muak dengan semua ini. Muak sangat-sangat.

Namun terpaksa juga hadap kerana politik sememangnya begitu dan kita berada di bawah sistem demokrasi berparlimen.

Semoga politik tanah air kita kembali stabil seterusnya ekonomi negara dapat dipacu dengan lebih baik dimasa akan datang.

Ingatlah. Siapa pun kalian, jika kalian berkuasa tolong utamakan kebajikan negara dan rakyat. Bukan menjadi ahli politik untuk memenuhkan kantung kalian sahaja.

#MFS

kredit: Mohd Fadli Salleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

SUmber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“P0litik Negara Kembali Hang4t,” Sekali Br0nt Bagi D0a Khusvs Buat Ahli P0litik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*