“Satu Kampung Terpana Teng0k Nyah Tangk4p King K0bra Besar Lengan,” Kenapa Pula Netizen Kaitkan Dengan Hantv Kak Limah

“LAIN macam kau bang ilmunya ni”

Demikian antara reaksi netizen terhadap perkongsian video oleh seorang pelayar di Twitter yang memaparkan kehandalan seorang lelaki menangkap ular tedung selar.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki selamba mencengkam kepala seekor ular tedung selar sambil menarik haiwan tersebut ke kawasan lapang selepas ia ditangkap.

Riak muka si penangkap ular yang selamba memegang kepala haiwan tersebut sementara menunggu ketibaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bukan sahaja membuatkan orang kampungnya terpana, malah netizen juga turut kagum dengan kehebatan lelaki tersebut.

Apatah lagi melihat saiz reptilia itu yang sebesar lengan orang dewasa dan panjangnya gampir mencecah dua meter!

Yob berkongsi video penduduk di kampungnya berjaya menangkap seekor ular tedung selar.

Pasti si penangkap ular tersebut bukan calang-calang hebatnya.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Yob itu berkata, insiden berkenaan dirakam di kampung halamannya di Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak baru-baru ini.

“Baca reply semua terikut ikut dialek Hantu Kak Limah dah aku ni.”

NETIZEN

“Sebenarnya ketika kejadian saya tiada di lokasi itu, namun menerusi video yang diterima daripada group WhatsApp, dimaklumkan ular ditangkap di sebuah kawasan di kampung,” katanya.

Menurut Yob, lelaki yang menangkap ular tersebut dikenali dengan nama Nyah oleh penduduk kampung.

“Penangkap ular ni dikenali dengan panggilan Nyah. Handal atau tidak itu saya tidak pasti, tapi si penangkap memang pernah tangkap ular beberapa kali sebelum ni,” ujarnya.

Tambah Yob, ular tedung selar tersebut merupakan antara ular terbesar yang pernah ditangkap lelaki berkenaan.

Reptilia tersebut diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian.

Ular tersebut kemudian diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,300 retweet dan 4,700 like selain dihujani ratusan netizen.

Selain kagum dengan kehebatan lelaki yang menangkap ular tersebut, rata-rata komen netizen juga nyata terhibur dengan loghat Perak yang digunakan oleh Yob dalam posting tersebut.

Malah, mereka turut menggunakan loghat Perak di dalam komen masing-masing.

Antara komen netizen yang turut membalas dalam loghat Perak.

“Ate mane datangnye ulor celah-celah itu… bahaya beno la kome duduk di situ.. mana tidaknye… rumah tepi semak. Kalau ye pon tebas la sikit,” komen seorang netizen.

“Tinggei deme tak cium kepale ulor tu je,” komen netizen yang lain pula.

“Buat seronden (serunding) sedap tu chor. Ei mok, sekampong boleh makan,” komen seorang netizen lain.

“Baca reply semua terikut ikut dialek Hantu Kak Limah dah aku ni,” komen seorang lagi netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Satu Kampung Terpana Teng0k Nyah Tangk4p King K0bra Besar Lengan,” Kenapa Pula Netizen Kaitkan Dengan Hantv Kak Limah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*