“Suami 0rang Pun Lelaki Kan” 11 Mei Tarlkh Ker4mat, Wanlta Ini Terkedu Terima Jawapan Si Jnda An4k Satu

ADA wanita yang boleh menerima poligami, namun ramai juga yang berkeras dan enggan berkongsi kasih dengan insan lain.

Begitu juga dengan luahan wanita ini menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga yang bercerita mengenai keadaan kehidupannya.

Menurut wanita itu, dia pada 11 Mei lalu menerima satu soalan yang cukup mengejutkan daripada suaminya.

“8.45 malam, tarikh dan masa suami meminta izin berkahwin lain dengan alasan dah jatuh cinta pada dia. Janda anak satu.

“Diam lama, tak terkeluar satu ayat pun dari mulut nak meluah. Terasa di awang-awangan. Betapa bodoh saya selama ini diperbodohkan,” luah wanita itu.

Ujarnya, dia tahu suaminya itu sedar akan segala kesusahan dan pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga selama ini.

Wanita itu memohon doa agar diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan itu dengan anak-anaknya. (Gambar Hiasan)

Namun, hasrat terbaharu suaminya itu bagaikan meranapkan segala kepercayaan yang dibina sepanjang melayari bahtera rumah tangga.

“Dia tahu saya bersusah payah untuk dia dan anak-anak. Tapi dia boleh jatuh cinta dengan orang lain tanpa saya sedar?

“Kepercayaan bertahun runtuh berderai. Tak ada tempat meluah selain dari-Nya. Tenang, cuma terasa sakit,” kata wanita itu.

“Terasa di awang-awangan. Betapa bodoh saya selama ini diperbodohkan.”

ISTERI

Tambahnya lagi, dia juga seakan-akan kelu dan tiada jawapan atas permintaan suaminya untuk menikahi ibu tunggal berkenaan.

“Katanya dah terlalu sayang pada si dia. Tak mampu lepaskan. Saya mesej dia, tanya kenapa suami orang?

“Jawapan dia, suami orang pun lelaki kan. Hmm. Minta semua doakan saya dan anak-anak kuat hadapi dugaan ini. Kuat sangat,” ujarnya lagi.

Dikongsi pada Ahad malam, posting itu sehingga kini menerima lebih 4,300 tanda suka dan dihujani hampir 800 komen.

Rata-rata netizen memohon wanita itu bersabar atas dugaan yang menimpa rumah tangganya.

Wanita itu mengakui hilang kata-kata dan masih tidak tahu apa jawapan yang sepatutnya diberi kepada suami. (Gambar Hiasan)

Pada masa sama, mereka turut menyelar ibu tunggal tersebut kerana kehadirannya yang menjadi orang ketiga dan mampu meruntuhkan hubungan yang sudah lama dibina.

“Tak ke mana spesis tak boleh hormat hubungan orang lain ni.

“Saya pun pernah rasa dahulu. Semoga tabah. Memang sakit hati, tak dapat terima kenyataan.

“Dari jawapan perempuan tu, kita boleh tahu dia macam mana. Sepatutnya dia reply dengan ayat lebih sopan sebab dia yang nak berkongsi kasih.

“Tapi saya geram dengan jawapan pihak perampas. Memang kurang ajar dan kurang adab,” tulis beberapa pelayar Facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Suami 0rang Pun Lelaki Kan” 11 Mei Tarlkh Ker4mat, Wanlta Ini Terkedu Terima Jawapan Si Jnda An4k Satu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*