“Berbal0i Jval Jus Mangga Demi PS4,” Kini Impian Budak 10 Tahun Ini Jadi Nyata, Tambah Manis Id0lanya Berminat Sp0nsor

TIDAK sampai sehari kisahnya menjadi tular, impian kanak-kanak lelaki ini akhirnya tercapai dengan sumbangan daripada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Pada Isnin, melaporkan Danish Izzudin, 10, sanggup berniaga jus mangga demi mengumpul wang untuk membeli permainan Sony PlayStation 4 (PS4).

Safawi yang tertarik dengan kisah itu telah meluahkan hasrat untuk merealisasikan impian kanak-kanak berkenaan.

Jelas pemain prolifik negara ini, dia amat memahami perasaan apabila sukar untuk mendapatkan barang yang diidamkan.

Susulan itu, Safawi berbesar hati menghadiahkan PS4 yang diidamkan Danish Izzudin dalam tempoh terdekat ini.

“Saya dulu pun susah kalau nak dapatkan barang-barang yang diidamkan. Lagipun keluarga perlu mendahulukan perkara yang lebih penting sebelum memberi apa yang saya nak.

Safawi Rasid.

“Kalau tak dapat juga, saya akan kumpul duit dan belilah apa yang saya nak. Dan sekarang, rezeki saya murah sebagai pemain bola sepak dengan JDT.

“Jadi apa salahnya saya membantu adik itu (Danish Izzudin) menghadiahkan permainan idamannya,” kongsi Safawi bersama mStar.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu berusia 23 tahun ini memang tidak lokek dalam memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Malah sebelum ini, Safawi turut membantu keluarga susah di kampungnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya dulu pun susah kalau nak dapatkan barang-barang yang diidamkan. Lagipun keluarga perlu mendahulukan perkara yang lebih penting sebelum memberi apa yang saya nak.”

SAFAWI RASID

PEMAIN BOLA SEPAK

“Saya gembira tengok orang lain ‘happy’. Saya akan minta orang ‘gamers’ hantar hadiah itu nanti kepadanya,” tambahnya.

Sementara itu, Danish turut meluahkan rasa terkejut dan syukur atas tawaran oleh pemain bola berkenaan.

Ujarnya, dia sememangnya meminati Safawi dan menjadikannya sebagai idola setiap kali bermain bola bersama rakan-rakan.

Kisah Danish yang menjual jus manga menjadi tular di Twitter.

“Dia sebenarnya idola saya. Saya rasa terkejut sangat sangat, rasa terharu pun ada, tiba-tiba je ada orang nak sponsor PS4.

“Tambah-tambah pula idola yang nak sponsor, memang happy sangat. Tak pernah sangka pun Safawi akan notice kewujudan saya,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Danish turut menzahirkan rasa terima kasih buat Safawi atas sifat murah hati yang dipamerkan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Berbal0i Jval Jus Mangga Demi PS4,” Kini Impian Budak 10 Tahun Ini Jadi Nyata, Tambah Manis Id0lanya Berminat Sp0nsor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*