“Dah Ikat Tak Pay4h Jaga An4k Ke” [Vide0] Budak Tergantvng Dekat Siling Lepas ‘Le4sh’ Tangan Tersepit Pada Pintu Lif

Kanak-kanak ni ada macam-macam perangai, ada yang senang dengar cakap ada yang susah. Jadi, untuk kanak-kanak yang suka berlari di tempat awam, parents lebih senang pakaikan tali keselamatan “kid leash”  pada lengan atau beg bagi memastikan anak dorang tak hilang.

Walaupun ada kelebihan bagi ibu bapa untuk pastikan anak dorang selamat, malangnya pemakaian tali keselamatan ini ada juga kekurangannya.

Seperti insiden yang berlaku di Huangshi, China pada 28 Mei lalu bila seorang budak perempuan berusia dua tahun tergantung pada siling bila dia tak sempat keluar lif bersama ibunya.

Menurut Oriental Daily, ibu ini telah membawa tiga anaknya keluar, bila dia hendak keluar dari lif, anak perempuannya ini tak ikut keluar sekali dan pintu lif tertutup sebelum sempat dia bawa anaknya keluar.

Rakaman CCTV menunjukkan budak tersebut berdiri di dalam lif bila pintu tersebut ditutup dan sejurus selepas itu, budak ini terus naik ke atas siling lepas lif tersebut bergerak dan dia tergantung seperti itu selama dua minit sebelum dia terjatuh semula ke bawah.

Nasib baik budak tersebut berjaya diselamatkan lepas ibu ini minta pertolongan dari pihak pengurusan.

Haih, nasib baiklah tak ada apa-apa yang buruk jadi dekat budak tu. Mak ayah yang pakaikan leash dekat anak ni hati-hati sikitlah, kalau boleh bila keluar dari lif tu pegang je tangan anak, tak payah berharap sangat dengan tali tu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Ikat Tak Pay4h Jaga An4k Ke” [Vide0] Budak Tergantvng Dekat Siling Lepas ‘Le4sh’ Tangan Tersepit Pada Pintu Lif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*