“Lama Kelamaan 0rang Akan Tahu Juga” Ahmad Idham Akan Ded4h Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu

TINDAKAN pengarah Ahmad Idham membuat semakan status Datuk terhadap seorang individu yang didakwanya telah menggunakan gelaran palsu demi kepentingan peribadi.

Ahmad Idham, 46, ketika dihubungi berkata, tujuannya melakukan perkara itu bagi menyedarkan individu berkenaan bahawa penipuan yang sedang dilakukan itu sesuatu yang serius dan memalukan.

“Orang itu adalah seseorang yang saya kenali secara peribadi. Saya dah tahu lama tentang perkara ini tetapi semakin lama perkara ini menjadi semakin serius.

“Jadi, saya dan rakan-rakan mahu memprovokasi orang tersebut untuk mengingatkannya bahawa perkara ini sesuatu yang serius.

Tangkapan skrin yang dikongsi Ahmad Idham tentang gelaran Datuk yang dimiliki kenalannya.

“Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya,” katanya.

Ahmad Idham berkata, dia menegur secara berlapik bagi mengingatkan bahawa pembohongan tentang gelaran palsu itu boleh terbongkar pada bila-bila masa.

Tambahnya, teknologi kini yang semakin canggih boleh mendedahkan kesahihan status tersebut dalam masa yang singkat secara semakan dalam talian.

“Macam ni la, sesetengah orang kalau kita tegur secara berdepan dan berterus-terang, mereka mungkin tidak boleh terima.

“Lama-kelamaan orang akan tahu juga”

AHMAD IDHAM

PENGARAH

“Jadi, kadangkala kita perlu melakukannya secara sinis supaya kita boleh menyedarkan mereka yang mereka belum tentu boleh terlepas kalau mereka berbohong tentang perkara sebegini.

“Sekarang teknologi sudah canggih. Ada laman web yang boleh memeriksa kesahihan darjah kebesaran seseorang itu, lama-kelamaan orang ramai akan tahu juga,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan siri Spanar Jaya ini turut memberitahu penipuan ini merupakan satu jenayah yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri.

Ahmad Idham berkata dia tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, namun mahu menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa perkara ini serius.

“Dulu kerajaan sendiri pernah menguar-uarkan bahawa penyalahgunaan darjah kebesaran ini boleh dianggap satu jenayah kerana pada ketika itu terlalu ramai orang menggunakan gelaran tersebut pada kad bisnes mereka.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa, saya cuma menggunakan kuasa media hiburan dan media sosial yang saya ada untuk mengingatkan satu sama lain bahawa ini bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lama Kelamaan 0rang Akan Tahu Juga” Ahmad Idham Akan Ded4h Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*