“To The Black Pe0ple.. Relax” Dilabel Am4l Sik4p Perkavman, Ramai Mahu Gel4ran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucvtkan

Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mencetus kemarahan umum apabila mengeluarkan kenyataan berunsur racist terhadap orang berkulit gelap.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Samantha lantang berkongsi pendapatnya tentang isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS).

“Kepada orang berkulit gelap, relaks. Ambil perkara ini sebagai cabaran untuk jadikan anda kuat.

“Anda memilih untuk lahir sebagai seseorang yang ‘berwarna’ di AS atas beberapa sebab iaitu untuk mempelajari sesuatu daripada perkara itu.

“Terima perkara ini seadanya, sehingga kini masalah kelaparan dan kemiskinan masih ada. Ia tidak dapat dielakkan. Apa yang terbaik untuk anda lakukan adalah kekal tenang, lindungi hati dan tidak biarkan ia hancur,” tulis Samantha di ruangan IG storynya.

Minggu lalu rusuhan kaum di AS tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika George Floyd meninggal dunia selepas sukar bernafas akibat lehernya ditekan oleh lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota.

Floyd ditangkap setelah polis menerima laporan dari sebuah pasar raya yang mendakwa dia menggunakan wang palsu ketika membeli barang.

Tambah memanaskan keadaan apabila Samantha dilihat tidak sensitif meminta orang berkulit gelap bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang melanda.

Malah, dia juga sempat membuat perbandingan isu warna kulit dengan berkongsi kisah pernah diejek ketika zaman persekolahannya kerana berkulit putih walaupun berdarah campuran Cina dan Brazil serta dibesarkan oleh keluarga India.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, pendapat Samantha telah mengundang kemarahan wargamaya sehingga namanya dan Miss Universe Malaysia menduduki tangga atas senarai trending.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“To The Black Pe0ple.. Relax” Dilabel Am4l Sik4p Perkavman, Ramai Mahu Gel4ran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucvtkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*