“Umat Islam di Berlin Bers0lat Dalam Gereja” Aklbat Peratvran Perjarakkan S0sial

Sebuah gereja di Berlin membenarkan umat Islam yang tidak dapat dimuatkan dalam masjid kerana peraturan penjarakan sosial, untuk menunaikan solat Jumaat.

Masjid Dar Assalam di daerah Neukölln biasanya dapat memuatkan ratusan jemaah untuk solat Jumaat, tetapi kini ia hanya dapat menerima 50 jemaah disebabkan sekatan dilaksanakan Jerman akibat penularan COVlD-19.

Sepanjang bulan Ramadan, Gereja Martha Lutheran yang terletak berdekatan tampil membantu dengan mengadakan solat dalam bahasa Arab dan Jerman.

” Ia adalah petanda baik dan membawa kegembiraan ketika Ramadan dan krisis ini,” kata Mohamed Taha Sabry, imam masjid itu yang mengetuai solat berjemaah.

” Pandemik ini menjadikan kita sebuah komuniti. Krisis menyatukan rakyat.”

Rumah ibadat di Jerman dibuka semula 4 Mei lalu selepas ditutup selama berminggu di bawah sekatan pergerakan COVlD-19, tetapi penganut atau jemaah perlu mengekalkan jarak 1.5m antara satu sama lain.

Seorang jemaah bernama Samer Hamdoun berkata:

” Ia adalah perasaan pelik kerana terdapat gambar dan peralatan muzik di sini. Tetapi, apabila anda lihat, anda lupa tentang perkara-perkara kecil, ini ialah rumah ibadat juga.”

April lalu, Majlis Islam yang menaungi 400 masjid berkata, ia mungkin muflis disebabkan penutupan masjid sehingga bulan Ramadan yang biasanya ialah tempoh penting untuk menerima sumbangan.

Pastor gereja itu, Monika Matthias berkata beliau terpanggil dengan seruan umat Islam menunaikan solat.

” Saya mengambil bahagian dalam solat itu. Saya memberikan ucapan dalam bahasa Jerman.

” Ketika solat, saya hanya boleh kata ya, ya, ya kerana kita mempunyai kebimbangan sama dan kita mahu belajar daripada anda.”

Beliau juga mengatakan bahawa keputusan untuk membenarkan muslim bersolat di dalam gereja adalah keputusan masyarakat setempat yang mahu melakukan yang terbaik pada ketika wabak coronavirus.

” Keputusan ini telah mengeratkan hubungan sesama kita. Sama ada perkongsian ini akan berjalan dan bagaimana ia akan berjalan, itu masih terbuka.

” Tetapi saya rasa kita akan saling mengenali dan apa yang telah kita alami bersama pada masa ini akan menyatupadukan kita tidak kira apa yang bakal mendatang” dia berkata.

Persatuan Islam, yang menjadi payung kepada 400 masjid, mengatakan pada bulan April ramai yang muflis kerana arahan kawalan pergerakan menjelang bulan puasa, di mana kebiasaannya merupakan masa penting untuk menderma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Asiakini

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Umat Islam di Berlin Bers0lat Dalam Gereja” Aklbat Peratvran Perjarakkan S0sial"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*