“Bel0m Habis Saki-baki” Ratusan Lagi PATI Ind0nesia Dihalau Pulang

Tindakan kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) berterusan apabila seramai 240 warga Indonesia yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara di Tawau, dihantar pulang ke negara asal hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sharifah Siti Saleha Haibib Yussof berkata, semua mereka diusir menggunakan perkhidmatan feri penumpang dari Pelabuhan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Tawau ke Pelabuhan Nunukan di Indonesia.

Program khas penghantaran pulang PATI itu diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan agensi kerajaan lain.

“Ini adalah pengusiran siri ke-15 dan ke-16 melalui jalan laut tahun ini membabitkan PATI Indonesia dan Filipina.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran tahun ini adalah 3,753 Pati termasuk warga India, China, Pakistan dan Vietnam yang diusir melalui udara serta diselaraskan JIM Sabah.
“Seramai 694,920 Pati sudah diusir sejak 1990 sehingga hari ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut selari dengan situasi semasa dan keputusan kerajaan dimana semua tahanan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir selain penjagaan kebersihan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Abdul Rahemang Taiming (Harian Metro) , Jabatan Imigresen Malaysia

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bel0m Habis Saki-baki” Ratusan Lagi PATI Ind0nesia Dihalau Pulang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*