“Bukan Saya Yang Taip Dan Hantar…” Akaun Instagram Dig0dam, Reen Rahiim M0hon ‘M4ngsa’ Berhati-Hati

Pelakon Reen Rahim memaklumkan akaun Instagramnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Reen, terdapat beberapa individu yang telah menerima mesej palsu dari akaun Instagramnya itu. Mesej palsu itu mengajak ‘mangsa’ bermain permainan online untuk memenangi wang sebanyak RM100.

“DM Reen kena hack, tengok story Reen, harap korang jangan buat game tu.

“Bukan Reen taip, bukan Reen send,” tulis Reen menerusi sebuah entri di Instagram.

Dalam pada itu, Reen turut memohon orang ramai yang pernah mengalami perkara sama untuk membantunya menyelesaikan masalah itu.

“Mohon siapa yang pernah kena tolong share cara nak selesaikan masalah ini,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

MOHON SIAPA YANG PERNAH KENA TOLONG SHARE CARA NAK SELESAI KAN MASAALAH NIE🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Reen telah memberi respon pos1tif dan memberi beberapa cadangan untuk membantu pelakon kesayangan mereka itu.

Dalam perkembangan lain, Reen kini tampil dalam filem Syif Malam Raya yang kini ditayangkan di Astro First, saluran 480.

Selain Reen, filem tersebut turut menampilkan bintang YouTube Syahmi, Asif dan Yoe serta barisan artis lain seperti Saiful Apek, Atu dan ramai lagi.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan Saya Yang Taip Dan Hantar…” Akaun Instagram Dig0dam, Reen Rahiim M0hon ‘M4ngsa’ Berhati-Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*