“Tidak Memilih Kerja” Kenali Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Foodpanda Yg Menjadi Bvah Mul0t 0rang Ramai Ini

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah ibu bapa yang acap kali berkongsi tentang pekerjaan-pekerjaan yang mereka harap akan diceburi anak-anak mereka. Dari situ, kanak-kanak mula mengenali kerjaya seorang doktor, guru, peguam dan sebagainya. Kemudian pula, mereka akan berkongsi dengan teman-teman lain tentang cita-cita masing-masing.

Bagaimana pula jika anak anda bertanya sekiranya dia boleh menjadi seorang penghantar makanan kelak? Begitulahj kisha gadis ini tidak memilih kerja

Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.

Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.

Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan tetapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.

“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.

“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.

“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.

“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Jurusan Terapi Kecantikan

Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.

“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.

“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.

“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan (frontliner),” kata Fafa.

Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada dig4nggu oleh kaum Adam.

“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.

“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” katanya menutup perbualan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : MV/Koleksi Viral

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tidak Memilih Kerja” Kenali Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Foodpanda Yg Menjadi Bvah Mul0t 0rang Ramai Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*