“Tipv Ibu Kon0n Mahu Tid0r di Rumah Rakan,” Remaja 14 Tahun Ditngkp KhIw4t

” Mak bapak sepatutnya pantau anak-anak..sekali sekala kena check telefon anak..jangan terlalu percaya nak2 kalau tengok anak ada perubahan sikap..suka menyendiri main fon..so kena tegas jangan bagi muka,”

Itu antara komen warga maya sebaik membawa berita tentang seorang remaja perempuan ditangkap khal-wat.

Terdahulu, remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menipu ibu bapa kononnya bermalam di rumah rakan sebaliknya menyewa bilik motel dengan teman lelaki di Kuala Muda, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, dia dithan dalam serbuan 3 pagi di sebuah motel.

Beliau berkata, remaja itu ditahan bersama pasangannya berusia 17 tahun dalam bilik motel berkenaan.

” Ketika disoal siasat, remaja perempuan itu memberitahu dia menunggang motosikal untuk bertemu pasangannya di bandar Sungai Petani dan menipu keluarga kononnya dia menumpang tidur di rumah kawan.

” Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhal-wat dan anggota kami menghantarnya pulang ke rumah 4.30 pagi selepas keterangan diambil,” katanya ketika ditemui di pejabat JAIK di Alor Setar, hari ini.

Turut ditahan wanita Indonesia

Dalam serbuan berasingan di motel sama, anggota penguat kuasa JAIK turut menahan seorang wanita Indonesia dengan seorang lelaki tempatan.

Beliau berkata, mereka yang berusia 28 dan 29 tahun itu dicekup kerana disyaki berkkhal-wat.

” Wanita itu menangis apabila kami memaklumkan akan menyerahkannya kepada polis disebabkan tiada dokumen atau pasport.

” Operasi yang bermula 3 pagi itu berakhir 5 pagi turut disertai anggota polis,” katanya.

Radzi berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

” Orang ramai dinasihatkan mengawasi anak masing-masing bagi mengelak mereka terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini,” katanya.

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata warganet terkejut dengan gejala sosial yang seolah semakin tidak terkawal.

” Alahai aku umur 14 tahun masih ikut mak ke hulu ke hilir pergi potong getah tanam padi masak nasi, jaga adik kat rumah, angkat kayu cari kayu api untuk masak, kau ni dik nanti bila kau dah dewasa baru kau akan menyesal seumur” komen Aina

Malah terdapat juga segelintir warganet yang meminta orang ramai tidak menyalahkan remaja itu semata-mata.

Menurut mereka, ibu bapa juga seharusnya dihukum kerana membiarkan anak-anak yang masih di bawah umur tanpa pengawasan yang sepatutnya.

” Berikan hukuman jugak kepada ibu bapa kerana mengabaikan tanggungjawab yang menyebabkan masalah sosial kepada masyarakat nanti seperti pembuangan bayi” tulis Aliza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : MU.my

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tipv Ibu Kon0n Mahu Tid0r di Rumah Rakan,” Remaja 14 Tahun Ditngkp KhIw4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*