“Anak Tiada Siapa Jaga,” Bapa Tvnggal Terpksa Berhenti Kerja Dan Mengemls Demi Sesuap Nasi

Disaat kita merasakan diri kita susah, hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi.

Baru-baru ini di Facebook, seorang pengusaha spa kecantikkan menerusi Facebook dengan nama akaun, Wan Aisyah Aisyahh, telah berkongsi mengenai kisah seorang bapa tunggal bersama anak kecilnya.

Setiap hari, dia melihat bapa bersama anak kecilnya duduk di kawasan kedai meminta sedekah, membuatkan wanita itu ingin mengetahui apakah yang berlaku terhadap dua beranak tersebut.

Isteri dah lama meninggal

Di dalam entrinya, wanita itu yang menyapa diri sebagai Kak Cah, sempat berkongsi intipati perbualannya bersama dengan bapa tersebut. Difahamkan, isteri lelaki itu telah meninggal dunia sejak anaknya baru dilahirkan.

Bapa tunggal yang sebelum ini membuat kerja pemasangan wayar, kini terpaksa berhenti kerana setelah isterinya meninggal tiada siapa yang dapat menjaga anak kecilnya itu.

Sewa bilik untuk bermalam sahaja

Malah, bapa tunggal itu hanya mampu sewa bilik untuk bermalam sahaja kerana tiada wang. Kasihan melihat nasib bapa dan anak kecil yang terpaksa tidur di jalanan.

Wanita itu telah menawarkan kerja kepada bapa tunggal tersebut untuk membuat drill, dengan niat untuk membantu agar beroleh wang untuk mengisi perut.

Jangan mudah menghakimi orang

Status tersebut kini telah mencuri perhatian ramai, dan telah mendapat 6 ribu perkongsian di Facebook. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib bapa tunggal itu dan anak kecilnya.

Kita tiada di tempat individu terbabit, jadi janganlah kita menghakimi apa yang berlaku ke atasnya. Diharapkan, ada jalan buat bapa tunggal ini mengubah nasib hidupnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Wan Aisyah Aisyahh

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Anak Tiada Siapa Jaga,” Bapa Tvnggal Terpksa Berhenti Kerja Dan Mengemls Demi Sesuap Nasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*