“Apa Salah Bvdak2 Tu” P0lis Sembvr Pemedlh Mata Pada Kanak-kanak 3 Tahun

Kematian George Floyd akibat lehernya ditekan dengan lutut oleh seorang pegawai polis telah menyebabkan orang di seluruh dunia marah dengan tindakan itu.

Lebih-lebih lagi bila insiden ini berjaya dirakamkan dan dalam video tersebut jelas menunjukkan lelaki malang tersebut merayu minta anggota polis tersebut berhenti kerana tak boleh bernafas dan hanya dilepaskan beberapa minit selepas George dah tak bergerak.

Sejak dari kejadian ini, orang di Amerika Syarikat telah melakukan perarakan menunjukkan protes terhadap kekejaman polis dan #BlackLivesMatter. Disebabkan ini, keganasan mula berlaku di jalan sehinggakan orang yang hanya keluar untuk beli makanan dan tak join protes turut ditolak dan ditahan oleh pihak polis.

Korang tengok je lah dekat bawah ni macam mana teruknya polis-polis dekat US sana handle orang-orang yang tengah protes ni. Sampai rempuh dengan kereta pun ada!

Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak turut menjadi mangsa senjata pihak polis. Pada 31 Mei lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama keluarganya di dalam kereta.

Malangnya, pihak polis tiba-tiba sembur gas pemedih mata ke dalam kereta keluarga ini hingga dorang terpaksa keluar meninggalkan kereta tersebut.

Bila keluarga ini keluar, salah seorang pembantu kecemasan telah datang untuk membantu kanak-kanak malang tersebut.

“Saya lari ke arah dorang untuk membantu dan muka dan seluruh badan kanak-kanak itu merah kerana disembur gas tersebut.”

Jessica mengatakan, dia telah meluangkan masa selama 10 minit untuk hentikan rasa pedih dan bila dia berikan kanak-kanak ini ubat batuk, budak tersebut ucapkan terima kasih sambil tersenyum.

Namun ia tak terhenti setakat itu, tak lama lepas itu tiba-tiba pihak polis datang ke arah mereka dan sembur semula kanak-kanak tak bersalah ini untuk kali kedua. Seriouslahhh

“Anak saya baru tiga tahun dan saya tak datang sini untuk protes pun. Kereta kami tiba-tiba disembur gas dan dia (pegawai polis) tengok anak saya dan baling gas pemedih mata di tempat kami.”

Ketika letupan gas kedua berlaku, kanak-kanak ini tak pakai baju kerana bajunya sedang dibasuh untuk hilangkan rasa pedih. Pihak bomba kemudiannya datang dan rawat budak ini dan keluarga ini akhirnya berjaya tiba di rumah dengan selamat.

“Anak saya sukakan pegawai polis, tapi keesokan harinya, bila dia nampak polis dia jadi takut dan menangis.”

Dalam posting viral yang lain, seorang lagi kanak-kanak dilihat menjerit kesakitan selepas mukanya disembur gas pemedih mata. Kerana dia memakai pakaian hitam, polis menganggap kanak-kanak ini sebagai sebahagian dari kumpulan protes.

Pemilik video tersebut yang berada dekat dengan kawasan itu mengatakan polis tiba-tiba datang kerumun kawasan tersebut sebelum seorang budak kecil tiba-tiba menjerit dan menangis kerana matanya pedih.

Orang dewasa di sana cuba untuk bantu budak ini dengan menyembur mukanya dengan air untuk mengurangkan rasa pedih.

Dalam video dekat bawah ni korang boleh tengok budak perempuan ni menjerit kesakitan bila pembantu kecemasan cuba untuk tuang air susu dekat mukanya. 🙁

Walaupun kanak-kanak tak sepatutnya berada dekat tempat-tempat macam ni, ia bukan alasan untuk pihak polis sembur gas pemedih mata dekat dorang. Haih…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Apa Salah Bvdak2 Tu” P0lis Sembvr Pemedlh Mata Pada Kanak-kanak 3 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*