“Kak Nah Sujvd Syukvr,” Annuar Musa Datang Ser4hkan Lesen Perniagaan

Sebelum ini, pernah tular tweet oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr, Annuar Musa, mengenai seorang wanita warga emas yang berniaga tanpa lesen di tepi jalan.

Tweet tersebut mendapat perhatian ramai kerana sikap toleransi Annuar Musa, yang tidak meminta wanita tersebut memberhentikan perniagaan, malah meminta agar terus meneruskan jualan dan mendapatkan lesen.

Annuar Musa datang sendiri serah lesen pada kak nah

Terbaru, menerusi Facebook Wilayahku, hari ini peniaga tersebut dikenali sebagai Che Nah atau Minah Awang, 71, sekali lagi menerima kunjungan Annuar Musa, yang datang untuk menyerahkan sendiri lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kak Nah sujud syukur

Cukup terharu dengan keprihatinan Menteri Wilayah Persekutuan itu, sejurus menerima lesen perniagaan, Che Nah terus melakukan sujud syukur.

Dapat dilihat, Annuar Musa cuba menenangkan peniaga kenderaan saji ( food truck) di Jalan Medan Setia Bukit Damansara itu, yang kelihatan sebak kerana terlalu terharu.

Ini menteri yang kita nantikan

Turut tersentuh dengan sikap prihatin Annuar Musa, rata-rata netizen menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang sudah lama dinantikan oleh rakyat.

Seronok sangat rasanya, semoga kepimpinan yang telus seperti ini dapat diteruskan agar Malaysia mampu melahirkan sebuah negara yang maju dan harmoni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Wilayahku

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kak Nah Sujvd Syukvr,” Annuar Musa Datang Ser4hkan Lesen Perniagaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*