“Pelajar Sangg0p Berp4nas Semata2 Nak Dapat ‘Line’ Internet,” Untuk Jawab Peperiksaan

Di dalam tempoh PKP, capaian internet menjadi suatu perkara yang amat penting masa ini, kerana semua aktiviti termasuk pendidikan juga kini dalam talian.

Namun, di Malaysia tidak semua kawasan dan masih juga terdapat beberapa golongan pelajar kurang mendapat akses internet, jadi ia menyukarkan proses pembelajaran buat mereka.

Sanggup duduk di tengah panas nak jawab exam

Seperti kisah seorang pelajar perempuan tingkatan satu dari SMK Tinggi Sarikei, sanggup duduk di tengah panas terik semata-mata mahu mendapatkan capaian internet untuk dia menjawab soalan peperiksaan menerusi dalam talian, mencuri perhatian ramai.

Dikenali sebagai Heliyana, dirumahnya susah untuk mendapatkan capaian internet disebabkan itu dia keluar mencari line semata-mata mahu menyiapkan soalan peperiksaan penggal pertama.

Ada yang takde telefon pintar

Boleh dikatakan, lebih daripada 20 pelajar di SMK Tinggi Sarikei yang duduk di kawasan pendalaman sukar untuk mendapatkan capaian internet untuk mengikuti kelas secara dalam talian, malah ada juga yang tiada telefon pintar.

Cikgu tolong hantar kertas periksa ke rumah

Prihatin dengan kesukaran pelajar-pelajar tersebut, salah seorang guru di sekolah itu sanggup menghantar kertas soalan ke rumah dan menerima jawapan yang dihantar menerusi SMS.

Meskipun kita sudah di tahun 2020, namun tidak mustahil masih ada lagi dalam kalangan anak-anak pendalaman terutama yang datang daripada keluarga susah, tidak berpeluang merasai kemudahan teknologi masa kini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : iloveborneo

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pelajar Sangg0p Berp4nas Semata2 Nak Dapat ‘Line’ Internet,” Untuk Jawab Peperiksaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*